awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya gembira dengan lakonan Aaron Aziz - Penulis novel Kau Yang Satu

Gempak
Gempak
26/07/2017
23:10 MYT
Saya gembira dengan lakonan Aaron Aziz - Penulis novel Kau Yang Satu
Filem terbitan Astro Shaw dan Global Station Sdn Bhd ini bakal menemui penonton di pawagam seluruh tanah air bermula 27 Julai ini. - Foto Astro Gempak
PENULIS novel Kau Yang Satu, Nia Azalea akui gembira dengan lakonan aktor Aaron Aziz dalam filem yang telah diadaptasi daripada karyanya itu.
“Apabila pihak produksi memaklumkan yang mereka akan memberikan watak Taufik kepada Aaron Aziz, saya tidak membantah. Bagi saya, pasti ada sebab tersendiri mengapa Aaron dipilih untuk menjayakan karakter Taufik.
“Sudah tentu pihak produksi lebih arif untuk menilai kerana mereka lebih tahu selok belok dunia perfileman. Selepas melihat hasil filem ini, saya rasa sangat berpuas hati dengan lakonan Aaron. Dia memberikan lakonan yang baik dan menepati ekspektasi saya,” kata Nia kepada Astro Gempak.
Tidak sabar menantikan reaksi penonton, Nia berharap agar pembaca setia novel Kau Yang Satu menonton filem ini di pawagam.
“Pembaca setia novel ini sudah laman menantikan filem ini untuk divisualkan di layar perak. Sudah pastinya saya tidak sabar untuk menantikan reaksi penonton serta pembaca setia novel Kau Yang Satu.
“Saya berpuas hati dengan hasil adaptasi novel saya dan saya berharap pembaca setia juga dapat menerima bingkisan ini dalam bentuk filem pula,” katanya lagi.
Jangan lupa untuk menyaksikan filem ‘Kau Yang Satu’ lakonan Aaron Aziz, Izara Aishah, Hisyam Hamid dan Soo Wincci. Filem adaptasi novel karya Nia Azalea juga turut menampilkan Amyra Rosli Wan Hanafi Su, Zaidi Omar dan Rosnah Johari dan ramai lagi.
Filem terbitan Astro Shaw dan Global Station Sdn Bhd ini bakal menemui penonton di pawagam seluruh tanah air bermula 27 Julai ini.
Teks oleh: Kamaruddin Razal
Topic Berkaitan
#Aaron Aziz
#Astro
#filem
#Kau Yang Satu
#Nia Azalea
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan