awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump ugut halang pembukaan jambatan baharu Kanada-AS, tuntut diberi ‘hak milik separuh’
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya harap Syamsul kembali ke Skop Productions - Yusof Haslam

Gempak
Gempak
06/02/2023
01:40 MYT
Saya harap Syamsul kembali ke Skop Productions - Yusof Haslam
Yusof tetap mendoakan kejayaan Syamsul selain berharap suatu hari nanti anaknya itu akan kembali semula kepada Skop Production. -Gempak
PENGARAH dan penerbit popular, Datuk Yusof Haslam mengesahkan filem terbaharu yang sedang menjalani penggambaran arahan anaknya iaitu Syamsul Yusuf tidak lagi diterbitkan melalui Skop Productions.
Kata Yusof, 68, Syamsul telah membawa haluan sendiri dengan menerbitkan filem bertajuk The Original Gangster di bawah rumah produksi miliknya sendiri Syamsul Yusof Films dengan kerjasama Razor's Edge Pictures.
Pun begitu, Yusof tetap mendoakan kejayaan Syamsul selain berharap suatu hari nanti anaknya itu akan kembali semula kepada Skop Productions.
“Filem terbaharu Syamsul tidak diterbitkan di bawah Skop Productions. Jika itu pilihan dia, terserahlah. Sebagai bapa saya tetap mendoakan kejayaan filem-filem yang dihasilkannya.
“Syamsul adalah aset. Saya berharap agar suatu hari nanti Syamsul kembali ke Skop Productions, tempat di mana dia bertapak dahulu dan juga tempat di mana bapanya berjuang selama bertahun-tahun terdahulu sampai ke tahap ini.
“Saya percaya Syamsul mungkin tertekan. Tiada niat saya untuk melihat anak saya jatuh,” kata Yusof kepada Gempak.
Ditanya adakah perasaannya masih terkilan dengan tindakan Syamsul yang berkahwin dua tanpa pengetahuan keluarga, Yusof menjawab sebagai bapa dia hanya mahu yang terbaik buat anak dan menantunya, Puteri Sarah.
“Kalau saya marah, ia hanyalah di mulut. Tapi di hati lain. Sebagai bapa, memang saya akan menitiskan air mata apabila bercakap tentang anak.
“Saya tidak mahu cakap tentang pulang. Cukuplah saya berharap yang terbaik untuk Syamsul, Puteri Sarah juga buat cucu-cucu saya.
"Biarlah Allah yang menentukan apa yang bakal terjadi di masa depan,” tambahnya. -Gempak
Topic Berkaitan
#Yusof Haslam
#Skop Productions
#Syamsul Yusof Films
#Razor's Edge Pictures
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan