awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya malas nak ulas kenapa saya tinggalkan Prime Domestic' - Aweera

Gempak
Gempak
15/08/2018
06:00 MYT
'Saya malas nak ulas kenapa saya tinggalkan Prime Domestic' - Aweera
AWEERA: 'Saya sebenarnya berat nak mengulas kerana Abang Joe sebagai ketua kumpulan dan pengasas Prime Domestic lebih layak bercakap.' - Foto Astro GEMPAK
Penyanyi Aweera menjelaskan mengundur diri daripada kumpulan Prime Domestic sejak sebulan lalu.
Aweera atau Nasharul Aweera Noriyissham, 26 tahun, berkata, dia cuba merahsiakan perkara itu daripada pengetahuan peminat tetapi malangnya ia sudah diperkatakan ramai pihak.
"Ya, saya menarik diri daripada kumpulan Prime Domestic sejak sebulan lalu.
"Ia bermula dengan penarikan diri Hillary Ang (pemain gitar) dan Fauzi (pemain bass) dan kemudian baru disusuli oleh saya.
"Saya sebenarnya berat nak mengulas kerana Abang Joe sebagai ketua kumpulan dan pengasas Prime Domestic lebih layak bercakap.
"Mungkin abang Joe akan buat sidang media khas menjelaskannya dan terserah kepadanya," katanya.
Aweera juga enggan menjelaskan cerita pengundurannya dan menganggap rezekinya tiada bersama kumpulan itu.
"Saya tak nak bergaduh dengan mana-mana pihak. Buat masa ini saya selesa bergerak solo dalam karier.
"Saya pernah dua kali bergerak bersama kumpulan dan selepas ini hanya berminat nak buat projek khas bersama mana-mana pihak," katanya.
Prime Domestic menjadi tumpuan peminat kerana tampil dengan pemuzik hebat dalam industri seni tanahair iaitu Joe (gitar), Hillary (gitar), Fauzi (bass), Ainol (dram) dan Aweera (penyanyi)
Anggota Prime Domestic masih kekal adalah Joe dan Ainol.
Sumber: Harian Metro
Topic Berkaitan
#Anol
#Aweera
#Fauzi
#Hillary
#Hillary Ang
#Joe
#Prime Domestic
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan