awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
Windows 11 mula tamatkan sokongan 'driver' pencetak lama bermula 2026
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Saya rasa down masa nak siapkan Sitism" - Tokti

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
20/09/2023
14:06 MYT
"Saya rasa down masa nak siapkan Sitism" - Tokti
Akibat masalah kesihatan, Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa sebagai Tokti mengakui harus mengambil masa yang lama untuk merakamkan sebuah lagu. - Gambar Ivan Koh
KUALA LUMPUR: Penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengakui sedikit tertekan ketika merakamkan album solo terbaharunya, Sitism.
Akibat masalah kesihatan, Siti Nurhaliza atau lebih mesra disapa sebagai Tokti mengakui harus mengambil masa yang lama untuk merakamkan sebuah lagu.
“Proses itu bertambah lama sebab kondisi suara, memang tak boleh nak buat apa, kalau suruh saya husky lagi memang tak keluar suara saya sebab nafas pun pendek sangat pada masa itu.
“Sebagai penyanyi, suara itu adalah satu aset sebab itu saya boleh katakan saya rasa down bila nak siapkan sebab ada lagu yang mengambil masa sampai tiga jam sebab selalu saya ambil masa satu jam atau paling cepat 30 minit sahaja,” katanya ketika ditemui selepas melancarkan album Sitism pada Rabu.
Pelantun lagu Magis itu juga mengakui reda sekiranya ditakdirkan kehilangan suara kerana bakat yang dimiliknya adalah milik Allah.
“Ketika saya berhadapan dengan situasi sakit tekak sebelum ini, saya fikir mungkin Allah nak tarik sedikit bakat yang dia pinjamkan. Saya selalu berfikir positif mungkin dalam usia sebegini, kalau Allah nak kekalkan suara saya serak, saya terima dengan reda,” ujarnya.
Meskipun akan ada mulut-mulut yang berkata-kata, Siti tidak mahu terlalu memikirkannya malah akan cuba memberikan yang terbaik dalam merealisasikan album solo yang ke-20.
Namun, beliau tetap berusaha untuk berjumpa dengan pakar perubatan serta menunaikan umrah dan berdoa agar urusannya dipermudahkan.
Album Sitism dilancarkan dalam dua fasa dan fasa kedua adalah album lengkap, disebut sebagai Sitism (Deluxe Album) yang memuatkan 12 lagu ciptaan komposer tempatan dan Indonesia.
Topic Berkaitan
#Datuk Seri Siti Nurhaliza
#Sitism
#kehilangan suara
#menunaikan umrah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan