awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Saya reda, tapi..." - Che Ta rugi RM50,000 ditipu Datuk

Gempak
Gempak
13/10/2017
07:23 MYT
"Saya reda, tapi..." - Che Ta rugi RM50,000 ditipu Datuk
Janji manis Datuk itu terkubur apabila minyak wangi jenama Precious yang dijanjikan kepada Che Ta tidak dapat disiapkan.
PELAKON Rozita Che Wan mendedahkan dia kerugian RM50,000 kerana ditipu oleh seorang usahawan berpangkat Datuk tahun lalu.
Kata Rozita atau lebih popular disapa Che Ta, individu berkenaan juga pernah menipu urusan pengeluaran minyak wangi pasangan Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sebelum ini.
Akibatnya, janji manis itu terkubur apabila minyak wangi jenama Precious yang dijanjikan kepada Che Ta tidak dapat disiapkan.
"Tak sangka pula orang yang saya sangat percaya boleh menipu saya. Saya reda, tetapi saya percaya doa orang teraniaya akan dimakbulkan Allah.
"Orang suka menipu hidup tak akan tenang! Yang saya terkilan, dia boleh pula menukar kereta mewah baharu selepas lesapkan duit orang.
"Walaupun tak ada dokumen hitam putih tetapi saya masih menyimpan segala bukti pembayaran.
"Hilang sekelip mata RM50,000 Allah gantikan dengan rezeki lain pula," katanya yang ditemui pada majlis pelancaran Pakej Umrah bersama Cheta dan Zain Saidin di bawah sebuah syarikat agensi pelancongan di Kuala Lumpur semalam.
Selepas kejadian itu, Che Ta mengambil keputusan untuk menukar pengilang minyak wangi baharu.
Dalam pada itu, Che Ta bersama suami, Zain Saidin, dan anak, Aaisyah Dhia Rana, merancang untuk membawa 20 anggota keluarga ke Mekah pada Januari depan bersama agensi kembara berkenaan.
Program umrah bersamanya itu turut membuka penyertaan kepada peminat dan orang awam.
Teks oleh: Amri Hassan Foto: IG @rozitachewan1
Topic Berkaitan
#Mekah
#minyak
#pelancongan
#Rozita Che Wan
#usahawan
#Zain Saidin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan