awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Khazanah catat prestasi berdaya tahan, rekod pulangan 5.2 peratus
Rahim & Co, Chestertons dari UK bekerjasama perkukuh perkhidmatan hartanah global
Vietnam mulakan pembinaan stadium bola sepak terbesar dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya tidak boleh kaya pun dengan duit itu, tapi ... " - Janna Nick

Gempak
Gempak
06/10/2018
08:00 MYT
'Saya tidak boleh kaya pun dengan duit itu, tapi ... " - Janna Nick
Menurut Janna, dia menjelaskan bahawa pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) telah dirancang daripada awal dan bukannya dilakukan selepas video yang dilakukannya itu tular. - Foto IG Janna Nick
PELAKON dan penyanyi Janna Nick menafikan tuduhan ramai pihak yang menganggap sengaja menubuhkan 'Wish For Their Hope' (WFTH) untuk menutup kontroversi video ucapan #WishServiceByJannaNick.
Menurut Janna, dia menjelaskan bahawa pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) telah dirancang daripada awal dan bukannya dilakukan selepas video yang dilakukannya itu tular.
"Kalau saya nak tutup mulut orang lebih baik saya tidak tubuhkan NGO.
"Saya boleh saja buat satu majlis amal dan uar-uarkan perkara ini bahawa saya sudah menyumbang duit yang saya dapat itu.
"Bukan mudah sebenarnya nak tubuhkan NGO kerana saya harus lalui pelbagai proses jadi perkara itu mengambil masa yang lama.
"Saya tidak boleh kaya pun dengan duit itu, tapi ia sedikit sebanyak dapat membantu insan yang memerlukan dan ia penting bagi mereka," katanya kepada Gempak.
Janna berkata demikian ketika ditemui pada majlis pemberian sumbangan dan dana bagi tabung WFTH di Rumah Kasih Nurul Hasanah, di Ampang baru-baru ini.
Sebelum ini, Janna terus diserang netizen selepas kecoh isu dia mengenakan RM50 bagi rakaman ucapan ulang tahun kelahiran mana-mana individu yang berhajat menggunakan khidmatnya.
Malah, posting terbaharu yang dimuat naik aktres tersebut di laman Instagram turut dihujani dengan komen yang kurang senang dengan cara perniagaan itu.
Topic Berkaitan
#Janna Nick
#karier
#NGO
#selebriti
#Wish For Their Hope
#WishServiceByJannaNick
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan