awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan empat individu bantu siasatan kes roboh kuil
Jangan bertindak luar batas soal isu rumah ibadat - Anwar
Bersatu perlu dibersihkan sebelum hala tuju parti dibincangkan - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Sebagai adik saya sentiasa menyokong Ziana" - Anuar Zain

Gempak
Gempak
29/04/2018
10:40 MYT
"Sebagai adik saya sentiasa menyokong Ziana" - Anuar Zain
ANUAR: "Sebagai seorang adik saya sentiasa menyokong apa jua keputusan yang dilakukan kerana dia merupakan ahli keluarga saya."
PENYANYI Anuar Zain mengambil keputusan untuk tidak memberi sebarang komen mengenai kemelut yang terjadi dalam rumah tangga kakaknya, Ziana Zain.
Menurut Anuar, sebagai seorang adik dia sentiasa menyokong sebarang keputusan yang dilakukan oleh kakaknya itu.
"Saya tidak mahu memberi sebarang komen mengenai isu ini kerana ia sudah menjadi kes mahkamah.
"Sebagai seorang adik saya sentiasa menyokong apa jua keputusan yang dilakukan kerana dia merupakan ahli keluarga saya.
"Namun saya juga menghormati hormati Armin sebagai abang ipar kerana dia juga merupakan sebahagian daripada keluarga saya.
"Saya berharap agar orang ramai dapat memberi ruang kepada Ziana untuk menyelesaikan masalah ini tanpa memberi sebarang tekanan kepada dirinya," katanya kepada Astro Gempak.
BACA: 'Suami belum hubungi saya atau anak-anak' - Ziana Zain
BACA: Air mata Ziana Zain menitis sewaktu buat persembahan
BACA: Rotan anak hingga luka dan lebam, suami Ziana Zain didakwa
Anuar Zain berkata demikian selepas selesai konsert Bunga Citra Lestari, Anuar Zain dan Yuka Kharisma Live In Concert di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), pada Sabtu.
Sebelum ini kemelut rumah tangga Ziana Zain mula diperkatakan ramai selepas Armin didakwa awal Mac lalu atas tuduhan mencederakan anak lelaki mereka pada 25 Februari lalu.
Ziana juga telah memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Shah Alam, awal April lalu.
Topic Berkaitan
#Anuar Zain
#Armin
#mahkamah
#penyanyi
#Ziana Zain
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan