awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
Bandar sesak: Populasi berlebihan ancam alam sekitar bandar di Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Selena Gomez bakal berkahwin dengan Bill Murray?

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
21/05/2019
00:30 MYT
Selena Gomez bakal berkahwin dengan Bill Murray?
Selena Gomez mengumumkan bakal menamatkan zaman bujangnya bersama Bill Murray telah mengejutkan semua peminatnya - Gambar Instagram/SalenaGomez
PENYANYI Selena Gomez membuat kejutan buat peminatnya apabila mengumumkan bakal menamatkan zaman bujangnya.
Selena mengumumkan bakal berkahwin dengan pelakon Bill Murray menerusi laman Instagramnya.
Selena memuat naik beberapa gambar ketika sedang menghadiri Festival Filem Cannes 2019 baru-baru ini berkata dia akan berkahwin dengan Bill Murray, 68.
"Ini adalah pertama kali saya menghadiri festival Filem Cannes dan saya sangat terharu kerana dapat menjadi sebahagian daripada filem bersama Jim dan juga kru yang terlibat, dan ya saya akan berkahwin dengan Bill," katanya melalui kapsyen di Instagram.
Bagaimanapun, Selena, 26, yang mula dikenali melalui sitkom terbitan Disney, Wizards of Waverly Place itu hanya membiarkan peminatnya tertanya-tanya mengenai kenyataan tersebut.
Salena dan pelakon filem Ghostbusters itu bergandingan buat pertama kali menerusi filem seram komedi The Dead Dont Die.
Mereka kini sedang sibuk mempromosikan filem berkenaan yang akan ditayangkan pada 14 Jun.
Topic Berkaitan
#Bill Muray
#Festival Filem Cannes 2019
#kahwin
#Selana Gomez
#Umum Bakal Kahwin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan