awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Selitkan elemen kenegaraan dalam kandungan kreatif' - Azalina

Syafique Shuib
Syafique Shuib
11/06/2015
03:11 MYT
'Selitkan elemen kenegaraan dalam kandungan kreatif' - Azalina
Azalina mahu pembikin filem tempatan untuk adakan elemen-elemen kenegaraan dalam kandungan mereka. -Astro AWANI/Syafique Shuib
Pengerusi baharu Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) Datuk Seri Azalina Othman mahu pembikin filem tempatan untuk adakan elemen-elemen kenegaraan dalam kandungan mereka.
"Jikalau seorang pembikin filem meminta bantuan kewangan daripada kerajaan - iaitu menerusi Finas - maka kerajaan berhak meminta pembikin filem itu untuk adakan elemen-elemen kenegaraan.
"Tidak kisahlah ia adalah filem romantik, komedi atau 'horror' tetapi asalkan ada elemen kenegaraan," kata Azalina.
Kata beliau, elemen kenegaraan perlu agar generasi baharu boleh mencintai negara.
"Generasi baharu ini dapat maklumat mereka daripada hiburan jadi tidakkah patut kita selitkan maklumat-maklumat negara menerusi filem?"
"Nak cerita pasal kandungan kenegaraan ini memang banyak. Sebagai contoh, tahun kemerdekaan Malaya pada tahun 1957, penubuhan Malaysia pada 1963 atau insiden Mei 13. Bayangkan ada anak-anak muda sekarang yang tidak tahu pasal rusuhan Mei 13," kata Azalina.
Azalina, yang juga Ahli Parlimen Pengerang, dilantik sebagai Pengerusi Finas oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek pada 1 Jun.
Antara tugas utama beliau sebagai pengerusi adalah untuk melakukan 'housekeeping' di dalam Finas, termasuk untuk meniliti aspek kandungan tempatan.
"Ramai penggiat seni yang cakap tidak ada kandungan atau tidak ada duit, jadi saya harus meniliti semua aspek ini dalam masa terdekat ini," katanya.
Topic Berkaitan
#Azalina Othman
#filem
#FINAS
#kandungan kreatif
#penggiat seni
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan