awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pendirian PM Anwar berhubung serangan berterusan ke atas Iran dipuji
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran pembalasan keras atas serangan terhadap orang awam
Konflik Asia Barat: Sekarang masa tepat 'tekan' Israel, perkukuh sokongan Palestin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Setahun selepas popularnya Ice Bucket Challenge

Shamil Hizamie
Shamil Hizamie
03/08/2015
13:39 MYT
Setahun selepas popularnya Ice Bucket Challenge
Jutawan komputer, Bill Gates turut menyahut cabaran dan melakukan Ice Bucket Challenge. Foto YouTube
ICE Bucket Challenge mencipta fenomena pada tahun 2014 selepas selebriti popular seperti Kim Kardashian, Justin Timberlake, Rita Ora dan Justin Bieber menyahut cabaran itu.
Hampir setahun selepas cabaran menarik ini mendapat perhatian umum, ternyata Ice Bucket Challenge mencapai tujuannya untuk memupuk kesedaran terhadap penyakit Amyotrophic Lateral Sclerosis (ALS) selain menggalakkan sumbangan kepada penyelidikan.
Dianggarkan seramai 17 juta individu dari seluruh dunia turut menyertai cabaran yang memerlukan pesertanya disimbah dengan air sejuk di kepala.
Semasa Ice Bucket Challenge menjadi viral, Persatuan ALS memperoleh sumbangan sebanyak £73 juta (RM 436 juta) dari bulan Ogos hingga September sahaja.
Sebahagian besar sumbangan disalurkan kepada operasi penyelidikan selain membantu perbelanjaan pusat penjagaan dan sokongan.
Ice Bucket Challenge Malaysia
Ice Bucket Challenge Malaysia
Ice Bucket Challenge turut popular di kalangan personaliti terkenal di Malaysia. Foto - YouTube
Personaliti terkenal Malaysia seperti Khairy Jamaluddin, Lisa Surihani, Daphne Iking dan Amber Chia turut tidak melepaskan peluang menjadi sebahagian daripada cabaran dengan tujuan yang baik ini.
Menurut BBC, keseluruhan video cabaran Ice Bucket yang memenuhi media sosial ditonton lebih 440 juta individu di serata dunia.
Penyakit ALS berpunca dari nyahaktifan ejen neuron yang menyebabkan ketegangan otot secara beransur, sekaligus menjurus kepada kesukaran bercakap, menelan dan bernafas.
Ahli fizik terkenal Stephen Hawking dan bekas pemain bola sepak kebangsaan Malaysia, allahyarham Dato' Mokhtar Dahari turut didiagnos menghidap ALS.
Topic Berkaitan
#ALS
#Ice Bucket Challenge
#penyakit
#viral
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan