awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sheila On 7 sudah tidak sabar mahu hiburkan peminat di Malaysia

Gempak
Gempak
27/03/2016
01:16 MYT
Sheila On 7 sudah tidak sabar mahu hiburkan peminat di Malaysia
Sheila On 7 kali akhir muncul dengan album Musim Yang Baik, konsert ini adalah hadiah hebat buat peminat di negara ini. - Foto Astro Gempak
KUMPULAN muzik Indonesia, Sheila On 7 tidak sabar mahu menghiburkan peminat di Malaysia bersempena dengan konsert mereka yang bakal berlangsung bermula jam 6 petang ini. Konsert yang diadakan bersempena ulang tahun ke-20 penubuhan dan penglibatan mereka dalam industri muzik ini bakal diadakan di StarXpo Hall, KWC Fashion Mall, Kuala Lumpur.
"Hampir tiga tahun kami tidak ke Malaysia. Kami sudah tidak sabar mahu menghiburkan peminat di Malaysia.
"Kami akan bawakan seleksi lagu popular daripada album pertama sehingga album terbaharu," kata Adam selaku pemain bass Sheila On 7 kepada Astro Gempak.
Kali terakhir muncul dengan album yang berjudul Musim Yang Baik pada Disember 2014, Sheila On 7 mahu menggunakan kesempatan ini untuk mempromosikan album terbaharu mereka di Malaysia.
"Walaupun muncul pada tahun 2014, kami masih belum mempunyai kesempatan untuk mempromosikan album terbaharu kami di Malaysia.
"Jadi kami melihat peluang untuk mengadakan konsert di Malaysia sebagai salah satu medium kami untuk mempromosikan album Musim Yang Baik kepada penggemar Sheila On 7 di sini," katanya lagi.
Untuk peminat Sheila On 7, anda masih berpeluang untuk mendapatkan tiket untuk Konsert 20 Tahun Sheila On 7. Layari laman web www.ilassotickets.com. Tiket dijual pada harga RM75, RM110, RM150 dan RM190.
Topic Berkaitan
#konsert di Malaysia
#konsert ulang tahun 20
#sheila on 7
#SO7
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan