awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Syarikat perlombongan Kanada sahkan pekerja diculik ditemui mati di Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sheila Majid antara artis serantau pada 'President's Star Charity 2015'

Bernama
Bernama
24/09/2015
00:00 MYT
Sheila Majid antara artis serantau pada 'President's Star Charity 2015'
Selain Sheila, turut membuat persembahan adalah penyanyi veteran Rahimah Rahim, Aisyah Aziz, Jack & Rai, ShiGGa Shay, Lorong Boys, iNCH Chua, Shabir and Benjamin Kheng dari The Sam Willows. - Gambar Fail
Ratu pop Malaysia Datuk Sheila Majid adalah antara selebriti serantau dan tempatan yang akan membuat persembahan pada acara President’s Star Charity 2015 (PSC2015) yang disiarkan secara langsung menerusi televisyen Singapura, Channel 5, pada 18 Oktober ini.
Acara dua jam itu akan menampilkan barisan bintang dan dikendalikan oleh pelakon pentas dan televisyen Chua Enlai dan deejay Class 95FM, Jean Danker.
Selain Sheila, turut membuat persembahan adalah penyanyi veteran Rahimah Rahim, Aisyah Aziz, Jack & Rai, ShiGGa Shay, Lorong Boys, iNCH Chua, Shabir and Benjamin Kheng dari The Sam Willows.
Bertema 'Be their hero, change the world’, acara tahun ini akan turut menampilkan kisah waris, badan amal dan mereka yang menyumbang masa dan tenaga bagi membantu golongan kurang bernasib baik.
Siaran ulangan akan disiarkan di Channel 5 pada 24 Oktober.
Semua kutipan daripada acara itu akan disalurkan kepada 86 rumah kebajikan yang disokong PSC2015.
Topic Berkaitan
#Aisyah Azia
#Be their hero
#change the world
#Presidents Star Charity 2015
#Rahimah Rahim
#sheila majid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan