awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan nafi hantar 329,000 tong diesel ke Filipina, jangan buat spekulasi - MTEN
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
Angka korban di Gaza meningkat kepada 72,328 sejak Oktober 2023
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Shuib 'request' bapa arwah Siti Sarah jadi wakil untuk majlis tunang

Gempak
Gempak
11/05/2023
05:09 MYT
Shuib 'request' bapa arwah Siti Sarah jadi wakil untuk majlis tunang
Menurut Shuib dia sudah pun menganggap Raissuddin seperti bapa kandungnya sendiri. - Gempak
VIDEO memperlihatkan bapa kepada Allahyarham Siti Sarah iaitu Raissuddin Hamzah mengetahui majlis pertunangan pelawak Shuib dengan Watie Hanifiah pada Sabtu lalu menarik perhatian netizen.
Menurut Shuib, ia merupakan permintaannya sendiri memandangkan dia sudah pun menganggap Raissuddin seperti bapa kandungnya sendiri.
"Permintaan saya untuk dia ketuai pertunangan itu sebab saya sudah anggap dia macam bapa saya sendiri. Pegangan hidup saya pun banyak dipengaruhi oleh dia.
"Kenapa tidak dia yang menjadi wakil untuk mengetuai majlis pertunangan itu,” kata Shuib kepada Gempak.
Dalam pada itu, Shuib turut menjelaskan majlis pertunangan dia dan Watie itu diadakan secara tidak langsung.
“Kadang-kadang perancangan itu berubah-ubah. Nikah saja, tiba-tiba datang nak majlis berinai pula, datang pula rasa bertunang," katanya.
Terdahulu, Gempak secara eksklusif berkongsi berita mengenai Shuib yang telah selamat bertunang dengan usahawan, Watie Hanifiah dalam satu majlis tertutup di Shah Alam, pada Sabtu.
Shuib menghadiahkan tiga dulang hantaran termasuk sirih junjung, kasut dan manisan kepada Watie manakala pihak wanita pula membalas lima dulang berupa kasut, manisan, sirih junjung, buah-buahan dan sampin.
Pasangan itu dijangka melangsungkan pernikahan pada 23 Jun depan.
Shuib berkahwin dengan penyanyi, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin pada 2011 dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan, 2.
Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan COVID-19. -- Gempak
Topic Berkaitan
#Shuib
#Siti Sarah
#Bertunang
#Raissuddin Hamzah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan