awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump kecam persembahan Bad Bunny di Super Bowl LX: “Antara yang terburuk..."
Cadangan jenamakan ASWARA sebagai Universiti P. Ramlee kembali dibangkitkan
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sukar dapatkan sesi fotografi, Fattah Amin nafi jadi sombong

Gempak
Gempak
01/11/2016
05:45 MYT
Sukar dapatkan sesi fotografi, Fattah Amin nafi jadi sombong
Fattah mengakui jadualnya semakin padat sejak drama Suri Hati Mr. Pilot semakin popular. - Foto Instagram Fattah Amin
PELAKON Fattah Amin menafikan dakwaan mengatakan dirinya semakin sombong selepas popular menerusi drama Suri Hati Mr. Pilot. Dakwaan itu dikuatkan lagi apabila ada spekulasi yang mengatakan pelakon tinggi lampai ini kerap kali menolak tawaran sesi fotografi dan enggan bergambar secara berpasangan. Bagaimanapun Fattah menjelaskan jadualnya kini sangat padat dan apa yang berlaku itu hanyalah salah faham. "Dakwaan yang kata sombong itu saya tak boleh nak kata apa. Bagi saya sebagai artis tuduhan itu biasa. "Kita tak boleh nak halang orang daripada berkata apa-apa tentang diri kita tak kiralah sama ada perkara negatif mahupun positif. "Mengenai sesi fotografi itu apa yang boleh saya jelaskan ialah perkara yang berlaku ini hanyalah salah faham saja. "Untuk pengetahuan semua, jadual saya sekarang ini sangat padat. "Kadang-kadang ada beberapa permintaan yang terpaksa ditolak memandangkan slot yang diminta terkena pada hari yang tidak sesuai ataupun clash dengan event yang lain," katanya ketika ditemui Astro Gempak pada sesi 'Meet and Greet Suri Hati Mr. Pilot' bertempat di GSC Pavilion semalam. Tambah Fattah lagi segala jadual berkenaan dengan kerja diuruskan oleh pihak pengurusannya. "Saya ada pengurus, jadual saya memang dia yang uruskan dan bukan saya yang buat keputusan. Mustahil bagi saya untuk menolak segala tawaran yang diberikan dengan sesuka hati. "Jadi saya rasa perkara yang berlaku ini semuanya hanyalah salah faham saja," katanya. Dalam pada itu mengulas mengenai drama tersebut, Fattah memberitahu dia bersyukur kerana mendapat sambutan di luar jangkaan. "Saya tak sangka drama ini mampu menjadi fenomena sehingga mana-mana saya pergi ramai yang panggil Ejaz. "Terima kasih kepada penonton dan juga pengarah, Michael Ang kerana memberi kepercayaan kepada saya untuk melakonkan watak Ejaz," ujarnya **Drama bersiri Suri Hati Mr. Pilot bersiaran di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123), setiap Isnin hingga Khamis jam 10.00 malam.
Topic Berkaitan
#drama popular
#Fattah Amin
#Pelakon Malaysia
#Suri Hati Mr Pilot
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan