awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

TAPAUfest2022 himpun artis Indie Asia Tenggara

Faida Rahim
Faida Rahim
08/10/2022
10:08 MYT
TAPAUfest2022 himpun artis Indie Asia Tenggara
Ahmad Faris memaklumkan pihaknya berbesar hati menganjurkan acara di kawasan luar bandar kerana mendambakan peluang meneroka tempat menarik di Malaysia. - Foto MARGASATWA/TAPAUfest2022
KUALA LUMPUR: Festival indie Asia Tenggara, TAPAUfest bakal diadakan di Resort Tasik Raban, Lenggong, Perak pada 22 dan 23 Oktober ini.
Lari dari kebiasaan, pengunjung boleh bersantai sambil menikmati hiburan muzik indie berlatarkan pemandangan indah yang pastinya menjadi momen yang paling diingati.
Pengasas TAPAUfest, Ahmad Faris memaklumkan pihaknya berbesar hati menganjurkan acara di kawasan luar bandar kerana mendambakan peluang meneroka tempat menarik di Malaysia.
“Selepas satu dunia terkesan dengan wabak, orang ramai mahukan lebih daripada sekadar konsert.
“Kami teruja mendapat kerjasama dari Majlis Daerah Lenggong, CENDANA, Waka, Ipoh Social Club, Santuy Travellers, Kadiak, Versussika, PBUY, Outsiders Bike, dan Anbot kerana mempercayai kami untuk memartabatkan komuniti dan budaya indie Asia Tenggara di Lenggong," katanya.
Bertemakan #SerumpunBerpesta, TAPAUfest bakal dihiburkan dengan persembahan artis Indie tempatan dan luar negara antaranya Feast (Indonesia), Margasatwa (Malaysia), Abangsapau (Singapura), Sweetass (Malaysia), The Pinholes (Singapura) dan Salammusik (Malaysia) pada hari pertama manakala diteruskan dengan persembahan Kungfu Heidi (Malaysia), The DARE (Indonesia), The Filters (Malaysia), Sobs (Singapura), The Times (Malaysia) dan Hindia (Indonesia) pada hari kedua.
Foto The Pinholes/TAPAUfest2022
Foto The Pinholes/TAPAUfest2022
Foto Salammusic/TAPAUfest2022
Foto Salammusik/TAPAUfest2022
Dalam masa sama, pengunjung yang datang boleh menonton filem tayangan dari penggiat industri perfileman Indie serta berkongsi ilmu di ‘Bengkel + Layar’ anjuran KakiSeni.
Bagi penggemar makanan, anda boleh singgah ke ‘WARUNG’ untuk menikmati juadah istimewa serta mendapatkan piring hitam, kaset dan CD, selain karya seni dari artis tempatan di Kedai Serba Serbi.
Tiket Pra-Jualan berharga RM165 (satu tiket untuk hari pertama atau hari kedua), Tiket Solo Weekend berharga RM320 (satu tiket untuk hari pertama atau hari kedua) dan Tiket Geng Weekend berharga RM1240 (empat tiket untuk hari pertama atau hari kedua) boleh didapati di www.TAPAUfest.asia atau hubungi Ahmad Faris di [email protected] atau +60172351204.
Topic Berkaitan
#TAPAUfest2022
#Lenggong
#Resort Tasik Raban
#artis Indie
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan