awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Penganjuran Terbuka Malaysia lebih mencabar
Pahang rekod kehadiran 15.2 juta pelancong pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Tarik diri hanya luahan peribadi, Shahir masih finalis AF Megastar'

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
20/10/2017
01:08 MYT
'Tarik diri hanya luahan peribadi, Shahir masih finalis AF Megastar'
Shahir malam tadi memuat naik satu status yang mendakwa dirinya disabotaj pihak-pihak tertentu, susulan kontroversi dengan seorang wanita. -Astro Gempak / AF Mega Stars
PRODUKSI AF Megastar menganggap hasrat salah seorang finalis, Shahir, untuk menarik diri dari pertandingan itu sebagai luahan peribadi semata-mata.
Dalam satu kenyataan, Astro memberitahu, mereka sedia maklum tentang isi kandungan status yang dimuat naik Shahir ke akaun Instagram, malam tadi.
“Kami yakin Shahir merupakan seorang yang profesional dan akan menghargai setiap sokongan yang diberikan peminat beliau terutamanya sepanjang menyertai program ini.
“Setakat ini, kami boleh mengesahkan Shahir masih lagi salah seorang peserta rasmi program AF Megastar dan kami di pihak penerbitan sedang giat menyediakan kesemua peserta untuk konsert akhir yang bakal berlangsung pada hari Ahad ini,” kata pihak produksi dalam kenyataan yang dikeluarkan.
Shahir malam tadi memuat naik satu status yang mendakwa dirinya disabotaj pihak-pihak tertentu, susulan kontroversi dengan seorang wanita, Mona Syamimi Mohd Samsudin.
Foto-foto yang memaparkan kemesraan Shahir dan Mona tular di media sosial sejak awal minggu ini, dengan kapsyen romantis yang membayangkan mereka pasangan kekasih.
Shahir kemudiannya memberi kenyataan kepada media bahawa wanita itu tidak lebih sekadar peminat, dan dia sedang merancang untuk melamar kekasih hatinya, Erra Fazira, awal tahun hadapan.
Ia dibalas dengan kenyataan daripada pihak Mona yang menyifatkan hubungan mereka bukan sekadar seorang peminat dan artis, sekaligus menyangkal dakwaan Shahir.
Topic Berkaitan
#AF Megastar
#finalis
#Mona Syamimi Mohd Samsudin
#peminat
#penyanyi
#Shahir
#Tular
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan