awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan nafi hantar 329,000 tong diesel ke Filipina, jangan buat spekulasi - MTEN
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
Angka korban di Gaza meningkat kepada 72,328 sejak Oktober 2023
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tiada lagi penyanyi muda yang ingin berkarya dengan muzik jazz - Atilia

Gempak
Gempak
16/09/2017
04:54 MYT
Tiada lagi penyanyi muda yang ingin berkarya dengan muzik jazz - Atilia
Atilia ditemui pada majlis pelancaran album, Atilia No 3, di Alexis, Great Eastern Mall, baru-baru ini. - Foto Astro Gempak
PENYANYI Atilia mengakui risau apabila penyanyi muda masa kini enggan untuk berkarya dengan muzik jazz dalam bahasa Melayu.
Menurut Atilia, pelapis baharu zaman sekarang lebih cenderung ke arah jenis muzik moden yang lebih progresif.
"Apa yang saya lihat pada industri muzik sekarang adalah penerimaan terhadap irama muzik jazz di Malaysia semakin berkurangan.
"Ini kerana penyanyi muda semakin cenderung untuk menyanyikan lagu yang lebih moden mengikut peredaran zaman sehingga irama jazz dipinggirkan.
"Sejak kebelakangan ini, saya lihat tiada lagi wajah-wajah baharu yang ingin menyanyikan lagu-lagu jazz dalam bahasa Melayu.
"Saya berharap agar dengan usaha yang dilakukan oleh saya dalam menerbitkan album terbaharu ini dapat memberi inspirasi buat penyanyi muda untuk mengembalikan kegemilangan irama jazz tempatan pada masa depan.
"Meskipun muzik seperti ini kurang menonjol namun saya yakin masih ada lagi kelompok peminat yang meminati muzik jazz," katanya kepada Astro Gempak.
Atilia berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran album, Atilia No 3, di Alexis, Great Eastern Mall, baru-baru ini.
Teks Oleh: Rozaimi Zubaidi
Topic Berkaitan
#Atilia
#Bahasa Melayu
#jazz
#muzik moden
#penyanyi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan