awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembenihan awan di selatan tanah air dipertingkat - Ahmad Zahid
Polis beri amaran jangan subahat lindungi tahanan lolos
Tunku Mahkota Ismail akan pantau, ingatkan kerajaan kekal komited laksanakan misi pembangunan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wajah persis gadis Korea, Ruhainies ganti Lee Kwang-soo

Gempak
Gempak
11/06/2018
08:51 MYT
Wajah persis gadis Korea, Ruhainies ganti Lee Kwang-soo
Ruhainies berkata dia amat teruja dengan perlantikan tersebut kerana sekaligus wajahnya telah mewakili Malaysia dan seluruh negara Asia.
PELAKON Ruhainies akui terharu apabila dipilih menjadi selebriti kedua bagi produk kecantikan dari Korea selepas aktor terkenal Korea, Lee Kwang-soo.
Ruhainies berkata dia amat teruja dengan perlantikan tersebut kerana sekaligus wajahnya telah mewakili Malaysia dan seluruh negara Asia.
"Pada mula-mula ditawarkan itu, saya ambil masa berfikir dan mencuba produk itu terlebih dahulu selama enam bulan.
"Selepas mencubanya dan ia ternyata sesuai dengan kulit wajah saya.
"Jujur saya sangat teruja dan gementar dengan pelantikan ini.
"Lebih terharu apabila saya menjadi duta produk ini di Malaysia selepas pelakon Lee Kwang-soo yang sememangnya mempunyai nama besar dalam industri hiburan,” katanya kepada Astro Gempak.
Ruhainies ditemui selepas pelancaran dan sidang media produk Guerisson yang memperkenalkannya sebagai duta kedua selepas bintang program popular Running Man.
Pelakon jelita itu memberitahu dia dilamar selepas dikatakan mempunyai wajah persis gadis Korea.
"Saya terkejut juga apabila mereka beri alasan memilih saya kerana wajah saya ada persis gadis Korea," katanya lagi.
Ruhanies mengikat selama setahun kontrak sebagai duta produk Guerisson.
Topic Berkaitan
#Guerisson
#hiburan
#kecantikan
#Korea
#Korea Selatan
#Lee Kwang-soo
#Malaysia
#pelakon
#Ruhainies
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan