awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
CPI 2025: Malaysia komited perkukuh usaha capai kedudukan 25 teratas - KSN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita dipenjara 'dera' jiran dengan lagu Ed Sheeran

Agensi
Agensi
30/03/2017
10:36 MYT
Wanita dipenjara 'dera' jiran dengan lagu Ed Sheeran
Gara-gara memainkan lagu penyanyi popular Ed Sheeran berulang kali di tengah malam, seorang wanita di United Kingdom dimasukkan ke penjara. -AFP
GARA-GARA memainkan lagu penyanyi popular Ed Sheeran berulang kali di tengah malam, seorang wanita di United Kingdom dimasukkan ke penjara.
Sonia Bryce, 36 tahun, dari Willenhall, Walsall telah memutarkan lagu Shape of You dengan nada kuat dan berulang kali selama lebih setengah jam sehingga menganggu ketenteraman jirannya, Clare Tidmarsh.
Clare yang mempunyai tiga orang anak berasa terganggu dan akhirnya nekad membuat laporan polis, lapor The Sun.
Sonia yang dihadapkan ke muka pengadilan bagaimanapun mengaku tidak menggemari penyanyi yang popular dengan single Thinking Out Loud tersebut.
"Saya langsung tidak suka dengan Ed Sheeran," kata Sonia.
Namun pengakuan itu ditolak oleh hakim.
Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama lapan minggu ke atas Sonia kerana mengganggu ketenteraman jiran tetangga.
"Dulu saya peminat Ed Sheeran sehingga memasukkan lagunya di dalam playlist saya. Tetapi kini tidak lagi kerana ia membuatkan kami gila," beritahu Clare.
Topic Berkaitan
#Clare Tidmarsh
#Ed Sheeran
#menganggu ketenteraman jiran
#Shape of You
#Sonia Bryce
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan