awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tibi: 10 kluster baharu di tujuh negeri, Johor catat kes tertinggi
Ketegangan bidang kuasa Persekutuan-negeri seret Petronas ke tengah pertikaian undang-undang
Kekurangan air meruncing di Bandaraya Gaza meskipun saluran bekalan utama dibuka semula
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Yuna kongsi percutian bulan madu di Tulum, Mexico

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
30/03/2018
01:49 MYT
Yuna kongsi percutian bulan madu di Tulum, Mexico
Tulum adalah bandar di Mexico yang berdepan dengan laut Caribbean. Laut Caribbean terkenal dengan air yang jernih berwarna biru.
Penyanyi antarabangsa, Yuna yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan Januari lalu dengan jejaka pilihannya, Adam Sinclair diketahui ramai memilih Tulum, Mexico sebagai destinasi bulan madu mereka.
Tidak ramai sebenarnya yang memilih Tulum, sebagai lokasi bulan madu dan menurut Yuna, Tulum menjadi pilihan selepas ia dicadangkan oleh penerbitnya sebaik sahaja Yuna dilamar Adam.
“Saya telah tinggal di Los Angeles selama tujuh tahun, tetapi tak pernah menjejakkan kaki ke Mexico, Selepas ‘google’ tentang Tulum yang cantik itu, saya menyimpan impian untuk ke sana bersama suami,” terang Yuna di dalam entri terbaru blognya ww.yunazarai.com.
Katanya, apa yang menarik mengenai Tulum adalah makanannya yang sedap dan harga berpatutan.
“Tulum mengingatkan kita tentang Bali, ia adalah sebuah bandar kecil. Terdapat hanya satu jalan utama di sepanjang pantai yang dipenuhi restoran, kedai dan hotel.
“Terdapat banyak pelancong, terutamanya orang Amerika, tetapi pada masa ini tidak terlalu ramai mengunjungi Telum. Resort kami Coco Tulum juga sangat mendamaikan, kami menghabiskan dua hari pertama hanya bersantai di pantai, dan mencuba makanan di sekitar kawasan itu,” tulisnya.
Mexico sememangnya sebuah negara yang indah terutamanya pantainya.
Tulum adalah bandar di Mexico berdepan dengan Laut Caribbean yang terkenal dengan air jernih berwarna firus.
Salah satu lokasi menarik yang mereka kunjungi ketika di Tulum adalah Grand Cenote, yang merupakan sebuah gua di mana airnya sangat jernih dan lokasinya yang agak jauh dari tumpuan pelancong.
brb.
A post shared by Yuna (@yunamusic) on
Feb 25, 2018 at 11:12am PST
Discovering the cenotes with ma boo ❤️
A post shared by Yuna (@yunamusic) on
Feb 26, 2018 at 5:42pm PST
Topic Berkaitan
#Adam Sinclair
#bulan madu
#Laut Caribbean
#Mexico
#Tulum
#Yuna
#yuna zaraai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan