awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Budak lelaki ditahan selepas dua murid ditikam di sebuah sekolah di London
Johor komited laksana agenda pembangunan secara berfokus
Suspek serangan sekolah Thailand ditembak mati selepas bunuh pengetua dan tawan murid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1 maut, 1 cedera dalam insiden di tapak MRT Semantan

Astro Awani
Astro Awani
27/02/2015
10:32 MYT
1 maut, 1 cedera dalam insiden di tapak MRT Semantan
Seorang pekerja dilapor maut dalam insiden yang melibatkan tiga pekerja warga Bangladesh di tapak pembinaan projek Mass Rapid Transit (MRT) Semantan di sini hari ini.
Seorang maut dalam insiden yang melibatkan tiga pekerja warga Bangladesh di tapak pembinaan projek Mass Rapid Transit (MRT) Semantan di sini hari ini.
Dalam insiden yang berlaku pada jam 1.20 petang tadi, mangsa terbabit sedang memasang sangkar besi di lokasi apabila kabel pengikat sangkar terputus lalu menghempap mangsa.
Pekerja yang maut dalam kemalangan itu dikenali sebagai Rijaul Abdul Goni, 40 tahun.
Sementara itu, mangsa yang cedera, Shanaullah, 37, telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur manakala seorang lagi mangsa, Rozlu Karim terselamat tanpa kecederaan.
Mass Rapid Transit Corporation (MRT Corp) dalam satu kenyataan mengesahkan kemalangan tersebut berlaku di portal Semantan di bawah pakej V4 milik Sunway Construction.
Semua kerja di kawasan terbabit ditangguhkan sehingga siasatan selesai.
Pihak polis dan forensik tiba di tapak pembinaan pada jam 3 petang untuk menjalankan siasatan.
Topic Berkaitan
#maut
#MRT
#Pekerja
#sangkar besi
#semantan
#warga Bangladesh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan