awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MOTAC cadang MAHB cari kaedah pastikan harga barangan, makanan di lapangan terbang berpatutan
SEAFIC lakar hala tuju rantau ini bagi dekad akan datang - Tengku Zafrul
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

1 Utama nafi laporan 63 positif COVID-19 di premisnya

Rahimah Abdullah
Rahimah Abdullah
15/10/2020
03:50 MYT
1 Utama nafi laporan 63 positif COVID-19 di premisnya
Kompleks beli-belah 1 Utama nafi kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Petaling bahawa terdapat 63 kes positif COVID-19 dari premis itu. -Facebook / 1 Utama Shopping Centre
KUALA LUMPUR:Kompleks beli-belah 1 Utama nafi kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Petaling bahawa terdapat 63 kes positif COVID-19 dari premis itu.
Menurut pihak pengurusannya, kenyataan itu mengelirukan dengan memberi kesimpulan bahawa semua kes dinyatakan dalam laporan adalah datang dari 1 Utama kerana tiada kes indeks dikenal pasti dari kompleks beli belah itu.
Jelasnya, hasil ujian swab yang dilakukan ke atas 6,000 kakitangan kompleks beli-belah dan penyewa pada 11 hingga 12 Oktober lalu mendapati hanya 21 kes positif COVID-19 dilaporkan.
"Daripada 6,000, semalam kami menyimpulkan bahawa keputusan ujian dan berjaya mengenal pasti 20 kakitangan penyewa dan seorang kakitangan pengurusan kompleks beli-belah positif COVID-19.
"Dua puluh satu orang sedang menjalani kuarantin wajib bagi mengelak penularan jangkitan dan meminimumkan potensi jangkitan," kata kenyataan itu pada Khamis.
BACA: COVID-19: 63 kes positif di One Utama, 44 daripadanya pekerja keselamatan
One Utama juga menyatakan bahawa 44 kes COVID-19 yang dinyatakan dalam laporan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Petaling adalah bukan dari kompleks beli-belah itu.
Malah, mereka adalah bukan sebahagian daripada 6,000 mereka yang menjalani ujian swab dilakukan.
"Mereka sebenarnya adalah pengawal keselamatan kontrak dari luar pihak penyedia perkhidmatan di mana jangkitan COVID-19 itu adalah melalui asrama dan bukan di dalam premis kami," tambahnya.
Kata kenyataan lagi, apabila dimaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai seorang pengawal keselamatan positif COVID-19, pihak 1 Utama telah mengarahkan kesemua pengawal keselamatan untuk mengulangi ujian COVID-19 dan hanya akan membenarkan mereka bekerja semula apabila mereka bebas virus itu.
Sumber Facebook 1Utama
Topic Berkaitan
#One Utama
#nafi
#kes positif
#COVID-19
#pengawal keselamatan
#Petaling Jaya
#Damansara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan