awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SHMMP Tahun Baharu Cina 2026: 16 barang dikawal harga bermula 13 Feb ini
Suhaimi Sulaiman sahkan pengunduran sebagai KP Jabatan Penyiaran hujung bulan ini
India lokasi prestasi cemerlang dalam portfolio pelaburan Khazanah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 kru warga Indonesia terselamat bot karam diserahkan kepada konsulat

Bernama
Bernama
26/04/2021
08:57 MYT
10 kru warga Indonesia terselamat bot karam diserahkan kepada konsulat
10 kru berkenaan terselamat dalam insiden dua bot barter trade karam di dua lokasi berasingan. - Gambar hiasan/ Bernama
BATU PAHAT: Seramai 10 warga Indonesia kru bot barter trade yang terselamat dalam kejadian dua bot karam pada Sabtu lepas, diserahkan kepada pihak Konsulat Republik Indonesia, petang semalam.
Pengarah Zon Maritim Batu Pahat Komander Maritim Mohammad Othman berkata kesemua mangsa terbabit diserahkan di pejabat Zon Maritim Batu Pahat kepada wakil konsulat republik berkenaan di Johor Bahru.
Beliau berkata 10 kru berkenaan terselamat dalam insiden dua bot barter trade karam di dua lokasi berasingan.
"Enam kru bersama bot Barter Trade KLM Putera Bangka 88 manakala bot Barter Trade KLM Sinar Mega membawa empat kru. Kesemua mereka berusia antara 22 hingga 53 tahun.
"Pemeriksaan swab test telah dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi memastikan bahawa semua awak-awak berkenaan bebas daripada COVID-19," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Indonesia
#karam
#kru
#bot
#barter trade
#diserahkan kepada konsulat
#Konsulat Republik Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan