awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jenayah komersial 'membarah', polis giat bongkar modus operandi sindiket
Kerajaan Ireland umum langkah kos bahan api bernilai €505 juta selepas protes
KPDN gagalkan cubaan seleweng diesel di stesen minyak di Penampang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 lelaki termasuk wartawan ditahan, disyaki ceroboh tapak kilang di Kulim

Bernama
Bernama
30/03/2026
16:10 MYT
10 lelaki termasuk wartawan ditahan, disyaki ceroboh tapak kilang di Kulim
Polis mengesahkan menahan 10 lelaki termasuk seorang wartawan portal bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menceroboh masuk ke tapak pembinaan kilang di Kulim Hi-Tech Park (KHTP), Kulim pada Rabu lepas.
Polis mengesahkan menahan 10 lelaki termasuk seorang wartawan portal bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menceroboh masuk ke tapak pembinaan kilang di Kulim Hi-Tech Park (KHTP), Kulim pada Rabu lepas.
Ketua Polis Kedah Datuk Adzli Abu Shah berkata lapan daripada mereka ditahan pada Sabtu lepas, manakala dua lagi ditahan pada Isnin.
Beliau berkata kesemua mereka berusia antara 20-an hingga 40-an itu ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 447 Kanun Keseksaan berkaitan kesalahan menceroboh harta benda atau tanah persendirian secara jenayah.
“Pada 26 Mac lepas, sekitar 3.15 petang, dianggarkan sebanyak 10 hingga 12 individu yang menaiki lapan kereta telah menerjah masuk ke tapak kilang berkenaan yang sedang dalam pembinaan.
“Dua pengawal keselamatan yang bertugas di situ telah menghalang mereka daripada memasuki kawasan tapak, namun tidak diendahkan. Mereka tidak berpuas hati dan mempertikaikan tindakan mengambil pekerja luar sedangkan masih ramai pekerja tempatan yang layak bekerja di situ,” katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.
Beliau berkata lapan individu yang ditahan sebelum ini telah dibebaskan dengan jaminan polis, manakala dua yang ditahan hari ini akan dibawa ke mahkamah esok bagi mendapatkan perintah reman.
Media sebelum ini melaporkan seorang wartawan portal berita Tamil, Thinathanti, Kalidas Subramaniom ditahan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kulim berhubung dakwaan menceroboh ketika membuat liputan berkaitan pendatang tanpa izin.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ceroboh
#ditahan
#Kulim Hi-Tech Park
#wartawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan