awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sony umum keluar dari pasaran perakam cakera Blu-ray
Kerajaan teliti kebolehlaksanaan Peguam Negara, Pendakwa Raya bertanggungjawab kepada Parlimen
Transformasi MAHB membuahkan hasil, kukuh kedudukan KLIA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 lelaki tunggang motosikal secara berbahaya ditahan

Bernama
Bernama
10/02/2024
07:46 MYT
10 lelaki tunggang motosikal secara berbahaya ditahan
Kesemua mereka yang berumur antara 17 hingga 23 tahun itu ditahan kerana melakukan aksi meniarap di atas motosikal di Kilometer (KM) 284 hingga KM 276 Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban dan KM 19 Lebuhraya Kajang - Seremban. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) menahan 10 penunggang motosikal yang melakukan aksi berbahaya dalam Op Samseng Jalanan di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban (PLUS) dan Lebuhraya Kajang - Seremban (LEKAS).
Pengarah JSPT Bukit Aman Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri berkata operasi yang bermula pada 10.30 malam hingga 4 pagi tadi bertujuan membanteras kegiatan samseng jalanan serta mengurangkan risiko kemalangan jalan raya terutama ketika Op Selamat ke-21 yang sedang berlangsung.
Beliau berkata kesemua mereka yang berumur antara 17 hingga 23 tahun itu ditahan kerana melakukan aksi meniarap di atas motosikal di Kilometer (KM) 284 hingga KM 276 Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban dan KM 19 Lebuhraya Kajang - Seremban.
"Hasil soal siasat, mereka menyatakan lokasi terbabit dijadikan laluan untuk mereka pergi ke kedai makan yang terletak di Seremban 3 dan Nilai," katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurut beliau, kesemua mereka dibawa ke Balai Polis Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Nilai untuk tindakan di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Selain itu, Mohd Azman berkata 48 saman dikeluarkan dalam operasi berkenaan dan polis turut menyita 10 motosikal.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik
#Op Samseng Jalanan
#PLUS
#LEKAS
#penunggang motosikal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan