awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
PRU Thailand dedah penjajaran baharu elit konservatif terhadap politik - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 lokaliti di Sabah dikenal pasti terlibat dalam fasa pertama BMTKM - PM

Eleanor Michelle Patrick
Eleanor Michelle Patrick
20/05/2022
02:19 MYT
10 lokaliti di Sabah dikenal pasti terlibat dalam fasa pertama BMTKM - PM
Menurutnya, 10 lokaliti di Sabah telah dikenal pasti di bawah fasa pertama BMTKM iaitu di Tongod, Pitas, Kota Belud, Kota Marudu, Beluran, Nabawan, Tuaran, Sipitang, Beaufort dan Ranau. - Foto BERNAMA
KOTA KINABALU: Sepuluh lokaliti di Sabah dikenal pasti di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Tegar Keluarga Malaysia (BMTKM), kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Jelas Perdana Menteri, BMTKM dikendalikan Unit Perancang Ekonomi (EPU) serta Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri itu sedang menyelaras dan memudah cara program tersebut.
Menurutnya, 10 lokaliti di Sabah telah dikenal pasti di bawah fasa pertama BMTKM iaitu di Tongod, Pitas, Kota Belud, Kota Marudu, Beluran, Nabawan, Tuaran, Sipitang, Beaufort dan Ranau.
"Kerajaan menetapkan sasaran sifar miskin tegar di seluruh negara pada akhir tahun 2025 dan BMTKM ini dilaksanakan bagi mencapai sasaran itu pada akhir tahun 2025 menerusi Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).
"Sehubungan itu, kerajaan sedang mengadakan sesi libat urus yang menyeluruh dengan kerjasama kerajaan negeri dan pejabat daerah untuk mendapatkan input semua pihak bagi memastikan sasaran ini dapat dicapai," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ucapan perasmian Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Jumaat.
Turut hadir, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.
Akui Perdana Menteri, program membasmi kemiskinan sebelum ini dilaksanakan secara ‘silo’ hampir semua agensi yang terbabit.
Bagaimanapun, di bawah program BMTKM, kata beliau EPU dan ICU akan menjadi penyelaras menggabungkan semua pihak yang terlibat seperti Kementerian, kerajaan negeri, ahli akademik, pihak swasta dan pertubuhan masyarakat sivil (CSO) untuk mencari kaedah terbaik bagi menghapuskan miskin tegar secara holistik berasaskan lokaliti.
Selain itu, Ismail Sabri memaklumkan Kerajaan Pusat sentiasa positif dalam memenuhi segala perkara dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), terutama apa yang sepatutnya diperoleh oleh Keluarga Malaysia Sabah.
"Kita berharap agar sebarang isu mahupun permintaan Sabah yang tertunggak dapat dibincang dan dipertimbangkan dengan sebaiknya.
Topic Berkaitan
#Program miskin tegas
#Sabah miskin
#Jelajah Keluarga Malaysia
#MA63
#ismail sabri yaakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan