awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
10,000 peniaga DBKL terima potongan sewa tapak 50 peratus hingga 2027 - Hannah
Hasil rundingan bergantung pada AS ubah tuntutan ‘tidak munasabah’, kata agensi Iran
Liga Super: Sejujurnya saya tak sangka -- Pemangku jurulatih Terengganu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 maut, 59 cedera dalam kebakaran kilang alat ganti automotif di Daejeon

Bernama
Bernama
21/03/2026
00:42 MYT
10 maut, 59 cedera dalam kebakaran kilang alat ganti automotif di Daejeon
Asap hitam berkepul naik dari sebuah kilang alat ganti kenderaan di Daejeon, Korea Selatan. - Foto AP

Sejumlah 10 orang maut manakala empat lagi dilaporkan masih hilang dalam satu kebakaran besar di sebuah kilang alat ganti kereta di Daejeon, kata pihak berkuasa pada Sabtu.

Seramai 59 orang lagi mengalami kecederaan parah atau ringan, menurut agensi berita Yonhap.

Anggota bomba sedang giat mencari empat individu yang tidak dapat dikesan ketika kebakaran bermula.

Satu daripada mayat ditemukan di tingkat dua kilang berkenaan, manakala sembilan lagi ditemukan di tingkat tiga, menurut pihak berkuasa.

Seramai 170 pekerja berada di dalam kilang itu semasa kebakaran dilaporkan berlaku kira-kira 1.17 tengah hari pada Jumaat.

Anggota bomba sebelum ini tidak dapat memasuki struktur bangunan tersebut berikutan kebimbangan ia mungkin runtuh. Usaha memadam kebakaran turut menjadi sukar disebabkan terdapat 200 kilogram natrium di dalam bangunan itu yang boleh meletup jika tidak dikendalikan dengan betul.

Pihak berkuasa berkata mereka memulakan operasi mencari semalaman pada 10.50 malam Jumaat selepas pakar mengesahkan bangunan itu selamat untuk dimasuki anggota bomba.

Seorang pegawai pihak berkuasa berkata anggota bomba merancang untuk berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan mereka yang masih belum dikenal pasti.

"Kami merancang untuk merobohkan struktur yang telah diperiksa oleh anjing pengesan untuk menempatkan anggota penyelamat dan meneruskan pencarian mereka yang hilang," kata pegawai itu.

-- BERNAMA-YONHAP

Topic Berkaitan
#kilang kereta
#kebakaran
#Daejeon
#Korea Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan