awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis tenaga: Pelaksanaan Biodiesel B15 penyelesaian paling praktikal - PM Anwar
Tiada pelanggaran SOP dalam operasi iring banduan - Jabatan Penjara Malaysia
IMF semak naik unjuran pertumbuhan KDNK sebenar Malaysia kepada 4.7 peratus bagi 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Liga Super: Sejujurnya saya tak sangka - Pemangku jurulatih Terengganu

Astro Arena
Astro Arena
12/04/2026
02:09 MYT
Liga Super: Sejujurnya saya tak sangka - Pemangku jurulatih Terengganu
TENGKU HAZMAN: Lima pemain dipanggil skuad kebangsaan sebelum ini. Tiga orang pula menjalani penggantungan. Kekangan juga untuk mengadakan perlawanan persahabatan. --fotoBERNAMA
SEBAGAI rekod, kali terakhir Johor Darul Ta'zim (JDT) berdepan keputusan seri dalam saingan liga ialah ketika terikat 1-1 dengan PDRM pada 31 Julai 2024.
Terengganu muncul selaku kelab yang sekali lagi mencalarkan rekod kemenangan bersih JDT musim ini apabila mengikat juara Liga Super 12 kali berturut-turut itu 1-1 dalam perlawanan di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) semalam.
Hasrat Harimau Selatan untuk melebarkan 21 kemenangan bersih tidak kesampaian tatkala kedua-dua pasukan berkongsi satu mata.
Bercakap selepas aksi, pemangku jurulatih Terengganu, Tengku Hazman Raja Hassan, syukur anak buahnya mempamerkan persembahan terpuji meskipun kehilangan beberapa tonggak utama menghadapi gergasi Liga Malaysia (Liga-M) itu di kubu keramat mereka.
"Sejujurnya saya tak sangka begini.
"Jika berkata soal realiti, saya mahu mengurangkan jumlah bolos.
"Saya berikan kredit buat pemain-pemain baharu yang diberikan peluang dan menjalinkan kombinasi permainan dengan pemain sedia ada.
"Ia, amat baik buat kami.
"Ada baki empat perlawanan lagi.
Terengganu FC muncul pasukan pertama yang berjaya mencuri satu mata dari Stadium Sultan Ibrahim! ??
"Sebenarnya, kami tidak boleh melakukan persiapan dengan baik sebelum bertemu JDT.
"Lima pemain dipanggil skuad kebangsaan sebelum ini. Tiga orang pula menjalani penggantungan.
"Kekangan juga untuk mengadakan perlawanan persahabatan. Saya sangat berpuas hati dengan apa yang saya buat dalam masa sebulan.
"Inilah hasilnya," katanya.
Topic Berkaitan
#Terengganu FC
#Liga Super
#JDT
#tengku hazman raja hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan