awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 Sept keputusan rayuan Rosmah berhubung permohonan tarik diri hakim perbicaraan kes solar

Bernama
Bernama
04/07/2025
08:30 MYT
10 Sept keputusan rayuan Rosmah berhubung permohonan tarik diri hakim perbicaraan kes solar
Isteri kepada bekas PM Najib merayu terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Mohamed Zaini Mazlan, yang kini dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan, menolak permohonannya agar hakim tersebut menarik diri daripada kes itu. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan menetapkan 10 Sept sebagai tarikh keputusan berhubung rayuan Datin Seri Rosmah Mansor untuk mengetepikan hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraan kes rasuah projek hibrid solar bernilai RM1.25 bilion di Sarawak.
Timbalan Pendaftar Mahkamah Rayuan Muhammad Noor Firdaus Rosli menetapkan tarikh tersebut semasa pengurusan kes hari ini.
Pada 25 Jun lepas, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin telah menangguhkan keputusan selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan.
Peguam Rosmah, Datuk Akberdin Abdul Kader ketika dihubungi Bernama, mengesahkan tarikh berkenaan.
Isteri kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu merayu terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Mohamed Zaini Mazlan, yang kini dilantik sebagai Hakim Mahkamah Rayuan, menolak permohonannya agar hakim tersebut menarik diri daripada mendengar kes berkenaan.
Rosmah memfailkan permohonan supaya Hakim Mohamed Zaini menarik diri pada saat akhir, iaitu sebelum beliau dijadual menyampaikan keputusan pada 1 Sept 2022. Permohonan itu dibuat berasaskan dakwaan bahawa draf penghakiman dalam kes berkenaan telah bocor dan disediakan oleh pihak ketiga sebelum dibacakan secara rasmi.
Pada hari yang sama, Hakim Mohamed Zaini mensabitkan Rosmah, 73, atas tiga pertuduhan rasuah berkaitan projek hibrid solar tersebut dan menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun serta denda RM970 juta, atau 30 tahun penjara sekiranya gagal membayar denda.
Bagaimanapun, Rosmah diberikan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan denda, sementara menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Rayuan.
Rosmah didakwa atas satu pertuduhan meminta rasuah berjumlah RM187.5 juta, serta dua pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM6.5 juta daripada Saidi Abang Samsudin, bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings Sdn Bhd.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Rosmah Mansor
#kes rasuah projek hibrid solar
#Saidi Abang Samsudin
#Najib Tun Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan