awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UPHSB, SALAM memeterai perjanjian
Lelaki, wanita ditemukan maut dalam kebakaran rumah di Skudai
Israel didakwa guna senjata suhu melampau di Gaza, hampir 3,000 penduduk ‘hilang’
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

10 set tren ETS baharu dijangka beroperasi suku pertama 2025 - Hasbi

Bernama
Bernama
18/12/2024
13:30 MYT
10 set tren ETS baharu dijangka beroperasi suku pertama 2025 - Hasbi
Hasbi berkata kerja-kerja MRO tahap tiga dan empat bagi baki 14 set tren ETS yang masih beroperasi akan diteruskan mulai suku pertama 2025. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Kerajaan telah memperoleh 10 set tren elektrik (ETS) baharu yang dijangka memulakan operasi pada suku pertama tahun hadapan, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Hasbi Habibollah.
Hasbi berkata perolehan ini adalah sebahagian daripada usaha Kementerian Pengangkutan (MOT) bersama Perbadanan Aset Keretapi (RAC) dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) untuk memastikan perkhidmatan ETS terus cekap dan selamat bagi memenuhi permintaan tinggi pengguna.
"Buat masa ini, 10 set tren ETS sedia ada sedang menjalani penyelenggaraan, pembaikan, dan baik pulih (MRO) tahap empat, yang dijangka selesai sepenuhnya pada suku keempat tahun 2025. Proses ini bertujuan memastikan tren berada dalam keadaan terbaik dan boleh dipercayai untuk operasi perkhidmatan ETS," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara.
Beliau berkata kerja-kerja MRO tahap tiga dan empat bagi baki 14 set tren ETS yang masih beroperasi akan diteruskan mulai suku pertama 2025.
Hasbi menjawab soalan Senator Baharuddin Ahmad yang ingin tahu statistik penumpang tren ETS pada tahun ini khususnya bagi destinasi ke Perlis serta usaha kerajaan dalam menambah baik perkhidmatan ETS yang menjadi pilihan utama bagi orang ramai khususnya ketika musim perayaan dan cuti sekolah.
Bagi memenuhi permintaan tinggi terhadap perkhidmatan itu, Hasbi berkata kerajaan kini dalam proses perolehan 50 lagi set tren merangkumi Electric Multiple Unit (EMU) dan Diesel Multiple Unit (DMU).
Selain itu, beliau berkata KTMB juga menyediakan tren tambahan terutamanya di musim perayaan dan cuti sekolah khususnya bagi laluan KL Sentral-Padang Besar bagi memenuhi permintaan tinggi dari dan ke sektor utara, setiap tahun.
Menjawab soalan Baharuddin mengenai statistik penumpang tren ETS khususnya di Perlis, beliau berkata terdapat dua stesen keretapi yang menjadi perhentian perkhidmatan tren ETS di negeri itu, iaitu Stesen Arau dan Padang Besar, merekodkan jumlah penumpang seramai 490,105 orang dari Januari hingga Oktober tahun ini, dengan purata harian sekitar 1,600 penumpang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Negara
#KTMB
#musim perayaan
#cuti sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan