awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM reman dua penjawat awam bantu siasatan tuntutan palsu RM114,000
12,600 tiket tambahan ETS sempena Tahun Baharu Cina dijual mulai esok - Loke
Pasukan Roboticist Malaysia unggul di FTC Nusantara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

100 pemimpin wanita sertai program PERANTIS tahun ini - Nancy

Bernama
Bernama
26/01/2025
20:15 MYT
100 pemimpin wanita sertai program PERANTIS tahun ini - Nancy
Nancy (tengah) merasmikan Majlis Kepimpinan Wanita dalam Ekonomi Jingga 2025, di Kuching, 26 Jan 2025. --fotoBERNAMA
KUCHING: Sebanyak 100 pemimpin wanita daripada pelbagai latar belakang profesional di seluruh negara dijangka menyertai Program Perantisan Kepimpinan Wanita (PERANTIS) tahun ini.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata setiap daripada mereka akan menerima sehingga RM50,000 untuk melaksanakan program pembangunan kepimpinan dalam bidang masing-masing.
Beliau berkata program itu antara lain dirangka untuk merapatkan jurang antara jantina yang ketara dalam kepimpinan.
"Walaupun wanita cemerlang dalam bidang akademik, kejayaan ini masih belum diterjemahkan kepada kepimpinan ekonomi dan politik, dan peratusan pencapaian masih kekal rendah secara tidak seimbang.
"Inisiatif ini bertujuan untuk mengubah trend itu, dengan menyediakan bimbingan, sumber dan platform untuk pemimpin wanita terus berkembang," katanya semasa berucap pada program Wanita dalam Ekonomi Oren (WIOE) di sini semalam.
Nancy berkata dengan melabur dalam inisiatif seperti PERANTIS, kita meletakkan asas dan mewujudkan persekitaran untuk masa depan, bagi membolehkan wanita memimpin dengan kekuatan, ketabahan dan inovasi.
"Produk paling berharga yang dihasilkan bukanlah bersifat material, tetapi pemimpin yang memberi inspirasi, memacu perubahan dan meningkatkan komuniti mereka," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PERANTIS
#Nancy Shukri
#jurang antara jantina
#kepimpinan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan