awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YKM peruntuk RM5 juta tahun ini bantu 1,000 anak yatim kehilangan ibu bapa akibat COVID-19
HIMS tidak kawal aspek perundangan dalam urus niaga perumahan - Majlis Peguam
Pesakit tibi tidak patuh jadual rawatan, cabaran utama tangani penularan – Pakar kesihatan awam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

11 guru SMK Dato' Haji Mohd Redza rangkul ijazah sarjana serentak

Raja Hisyam Raja Zaid
Raja Hisyam Raja Zaid
24/03/2022
05:20 MYT
11 guru SMK Dato' Haji Mohd Redza rangkul ijazah sarjana serentak
11 guru dari SMK Dato' Haji Mohd Redza, Seremban ini memilih untuk mengikuti sesi pengajian ijazah sarjana pada setiap musim cuti sekolah sahaja. - Astro AWANI
SERDANG: Sekalipun sibuk menguruskan masa selaku pendidik, ia tidak menghalang 11 guru dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato' Haji Mohd Redza, Seremban untuk menyambung pengajian mereka ke peringkat ijazah sarjana secara serentak.
Bagi salah seorang daripada mereka yang ditemui pada Majlis Konvokesyen di Universiti Putra Malaysia hari ini, Norhashimah Mohamad, 36, bersyukur kerana pihak sekolah terutama mantan pengetuanya memberi sokongan terhadap mereka.
"Dalam uruskan pengajaran dan pembelajaran, kami harus bijak. Kami memilih untuk mengikuti sesi pelajaran kami dalam ijazah sarjana ini pada setiap musim cuti sekolah sahaja.
"Apapun kami sangat bersyukur kerana bekas pengetua kami serta pihak sekolah selain keluarga sentiasa memberi sokongan yang tidak berbelah bahagi sehingga berjaya hari ini," jelasnya ketika ditemui Astro AWANI.
Majlis Konvokesyen UPM kali ke-45 itu turut menyaksikan kecemerlangan dicatatkan oleh jurulatih pasukan renang paralimpik negara, Victor Kung Chi Wai yang juga memperoleh skrol ijazah sarjana dalam bidang Psikologi Pendidikan.
Jelasnya, ia tidak mudah, lantas menjadikan kejayaan yang dikecapinya sangat berharga.
"Sangat perlukan disiplin yang tinggi dalam kesibukan membahagikan masa dengan baik. Ia satu bidang yang berbeza buat saya kerana sebelum ini saya ambil ijazah dalam bidang sains sukan," katanya lagi.
Ilmu yang diperoleh, jelasnya, akan digunakan sebaik mungkin malah akan cuba diolah dalam sesi latihan kepada atlet para negara nanti.
Topic Berkaitan
#ijazah
#konvokesyen
#UPM
#akademik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan