awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mohd Ismail angkat sumpah ADUN Lamag
Pesta pantun HAWANA-DBP 2026 pelawa penyertaan warga media
EKSKLUSIF: JSPT cadang 'dashcam' diwajibkan, pemberi maklumat diberi merit termasuk diskaun saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

11 kes rampasan mercun, bunga api tanpa permit bernilai RM38,600 di Kelantan

Bernama
Bernama
08/04/2024
01:30 MYT
11 kes rampasan mercun, bunga api tanpa permit bernilai RM38,600 di Kelantan
Polis Kelantan merekodkan 11 kes rampasan mercun dan bunga api tanpa permit sah sejak awal Januari hingga semalam bernilai RM38,600. - Gambar fail
PASIR MAS: Polis Kelantan merekodkan 11 kes rampasan mercun dan bunga api tanpa permit sah sejak awal Januari hingga semalam bernilai RM38,600.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, kes yang direkodkan berlaku di Pasir Mas, Tumpat, Jeli, Machang, Gua Musang dan Pasir Puteh.
"Kesemua yang ditahan dipercayai hanya peniaga kecil-kecilan dengan memperoleh bahan terbabit daripada pembekal tempatan dan menjualnya sebagai menambah pendapatan menjelang sambutan Aidilfitri," katanya.
Beliau berkata demikian kepada Bernama selepas Program Singgah Sahur Ketua Polis Kelantan Bersama Anggota Bertugas di Lapangan di Bandar Tasek Raja di sini, awal pagi tadi.
Dalam program itu, Muhamad Zaki turut mengambil kesempatan bersahur dengan anggota Unit Pencegahan Jenayah, Unit Kereta Peronda dan Unit Rondaan Bermotosikal dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Mas.
Mengulas lanjut, beliau berkata, kes terbaharu direkodkan di Machang pada Sabtu lepas melibatkan dua lelaki berumur 18 dan 51 tahun ditahan kerana berniaga mercun dan bunga api tanpa permit sah di Bazar Ramadan Dataran Kemahkotaan, Machang.
Beliau berkata, kedua-duanya ditahan semasa anggota polis melakukan pemeriksaan terhadap gerai mereka dan menemukan mercun dan bunga api bernilai RM1,730. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Polis Kelantan
#rampasan mercun
#bunga api
#tanpa permit sah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan