awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hamzah lepas jawatan Ketua Pembangkang, PN bakal umum pengganti
Iran keluar amaran berhubung Selat Hormuz selepas Trump umum rancangan sekatan laut
Tragedi pelajar maut di Kota Bharu perlu jadi iktibar, elak kecuaian - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

11,832 ladang terima pensijilan myGAP sejak 2003 hingga 2022

Bernama
Bernama
05/09/2023
00:45 MYT
11,832 ladang terima pensijilan myGAP sejak 2003 hingga 2022
Lokman Hakim (tengah) bergambar bersama penerima anugerah ketika hadir ke Majlis Apresiasi Pensijilan myGAP dan myOrganic Subsektor Tanaman Tahun 2022 di Seksyen 14, Shah Alam, 4 Sept 2023. --fotoBERNAMA
SHAH ALAM: Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memaklumkan sebanyak 11,832 ladang dalam negara di bawah subsektor tanaman menerima pensijilan myGAP sejak 2003 sehingga tahun lalu.
Menterinya Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bagi pensijilan myOrganic pula, sebanyak 326 ladang telah menerima pensijilan berkenaan bagi tempoh yang sama.
Mohamad berkata kedua-dua pensijilan amalan pertanian baik itu bertujuan untuk menerapkan amalan secara mampan bagi memelihara keseimbangan antara alam sekitar dan ekosistem.
Katanya ia bagi memastikan pertumbuhan industri itu tidak mengakibatkan pencemaran dan kerosakan alam sekitar sekali gus memenuhi permintaan makanan yang semakin meningkat.
"Dengan peningkatan kesedaran terhadap aspek keselamatan makanan dan pengurangan impak negatif terhadap alam sekitar, sektor agromakanan akan terus komited menambah baik kecekapan penggunaan sumber asli.
"Pada masa sama ia meningkatkan kadar penerimagunaan amalan pertanian yang baik oleh wira agro, para petani di negara ini," katanya dalam ucapan yang dibacakan Ketua Setiausaha KPKM Datuk Seri Lokman Hakim Ali sempena Majlis Apresiasi Pensijilan myGAP dan myOrganik Subsektor Tanaman Tahun 2022 di sini, malam tadi.
Mohamad berkata huruf M pada slogan MADANI oleh kerajaan turut merujuk kepada nilai teras Mampan atau kemampanan.
"Selaras dengan nilai tersebut, kerajaan melalui Belanjawan 2023 telah menyediakan insentif khusus berjumlah RM1.6 juta kepada wira agro bagi menggalakkan ladang-ladang mendapatkan pensijilan myGAP - pesticide free yang tidak menggunakan racun perosak sintetik," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ladang
#MyGap
#Mohamad Sabu
#myOrganic
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan