awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anwar buka ruang bincang dengan pembangkang cari solusi tangani krisis tenaga global
[TERKINI] Agong zahir ucapan takziah atas pemergian Dr Ling Liong Sik
MCA kibar bendera separuh tiang, penghormatan tertinggi pemergian Dr Ling Liong Sik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

12 anggota, pegawai polis disiasat kes rompakan mata wang kripto

Sinar Harian
Sinar Harian
19/02/2026
08:17 MYT
12 anggota, pegawai polis disiasat kes rompakan mata wang kripto
Shazeli mengesahkan penahanan 12 anggota dan pegawai polis terbabit. - Gambar fail
Seramai 12 anggota dan pegawai polis disiasat kerana disyaki terbabit dalam rompakan berkumpulan membabitkan kerugian kira-kira RM200,000 dalam bentuk mata wang kripto daripada sekumpulan warga China baru-baru ini.
Difahamkan, mereka yang ditahan masing-masing seorang berpangkat asisten superintendan, inspektor, sarjan, enam koperal, dua lans koperal dan seorang konstabel berusia antara 24 hingga 47 tahun.
Perkara itu disahkan Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar.
"Ya, saya sahkan kejadian serta penangkapan tersebut.
"Siasatan masih dijalankan daripada pelbagai sudut dan kes telah diklasifikasi di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.
Sebelum itu, media tempatan melaporkan sepasukan pegawai daripada Bahagian Siasatan Jenayah Komersial daerah menyerbu banglo dua tingkat di Country Heights, Kajang pada 5 Februari lalu selepas disyaki terdapat aktiviti penipuan dalam talian yang dikaitkan dengan sindiket di Kemboja.
Bagaimanapun, dikatakan tiada bukti kegiatan jenayah ditemui di lokasi terbabit.
Mangsa kemudian dikatakan diugut akan ditahan dan dikenakan tindakan imigresen kecuali membayar RM400,000 kepada polis terbabit.
Selepas rundingan, anggota polis terbabit didakwa bersetuju menerima bayaran 50,000 USDT (mata wang kripto), yang dipindahkan ke alamat dompet kripto diberikan.
Penahanan dibuat susulan laporan polis dibuat seorang juru ukur pasaran warga China berusia 31 tahun yang mendakwa dia dan tujuh rakannya dipaksa memindahkan mata wang kripto terbabit.
Tangkapan kesemua 12 anggota itu dilakukan selepas beberapa hari laporan dibuat. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PDRM
#polis rompak
#kes rompakan kripto
#Shazeli Kahar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan