awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
ChatGPT mula uji paparan iklan minggu ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

12 pekerja kilang kimia di Pasir Gudang melecur akibat kebakaran

Bernama
Bernama
08/12/2019
21:00 MYT
12 pekerja kilang kimia di Pasir Gudang melecur akibat kebakaran
Kejadian berkenaan menyebabkan 12 pekerja melecur pada bahagian badan. -Foto fail
Dua belas pekerja sebuah kilang kimia di Jalan Nibong 1, Kawasan Perindustrian Tanjung Langsat, dekat Pasir Gudang, melecur dalam kejadian kebakaran di kilang berkenaan pagi Ahad.
Ketua Polis Daerah Seri Alam Supt Ismail Dollah berkata kebakaran yang berlaku antara 9.21 pagi dan 9.27 pagi itu, bagaimanapun, berjaya dipadam sepenuhnya oleh Unit Kebakaran Lotte Chemical Titan (M) Sdn Bhd.
"Kejadian menyebabkan 12 pekerja melecur pada bahagian badan.
"Dua daripadanya menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail, di sini, manakala empat lagi di Hospital Penawar, Pasir Gudang. Enam yang lain hanya dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Penawar, Pasir Gudang," katanya menerusi kenyataan, pada malam Ahad.
Ismail berkata punca kebakaran tersebut masih dalam siasatan.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor Datuk Yahya Madis mengesahkan tindakan pemadaman kebakaran itu dilakukan pihak Pasukan Respons Kecemasan (ERT) kilang tanpa menghubungi bomba.
"Yang terbakar adalah tong solvent di luar kilang dan tidak melibatkan struktur kilang," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bomba
#Hospital
#kebakaran
#polis
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan