awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu SPHM: Tiada keperluan tarik lesen perniagaan dua syarikat di Melaka
Konflik Asia Barat: Iran beri amaran laluan perkapalan terancam jika serangan dipertingkat
PSV Eindhoven tawan Liga Belanda buat kali ketiga berturut-turut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

13 Mac ditetapkan rayuan Chegubard dapatkan kenyataan wartawan Bloomberg

Bernama
Bernama
06/03/2026
07:16 MYT
13 Mac ditetapkan rayuan Chegubard dapatkan kenyataan wartawan Bloomberg
Chegubard didakwa membuat penerbitan menghasut di Mutiara Villa, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 26 April 2024. - Gambar fail
Mahkamah Rayuan hari ini menetapkan 13 Mac ini untuk mendengar rayuan difailkan Badrul Hisham Shaharin terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengetepikan perintah Mahkamah Sesyen yang mengarahkan pihak pendakwaan menyerahkan kenyataan seorang saksi kepadanya.
Badrul Hisham atau lebih dikenali sebagai Chegubard memohon untuk mendapatkan kenyataan wartawan Bloomberg, S. Ram Anand bagi digunakan dalam pembelaannya dalam kes hasutan berkaitan projek kasino di Forest City, Johor.
Pada Januari lepas, Mahkamah Tinggi Johor Baharu mengetepikan perintah Mahkamah Sesyen yang mengarahkan pihak pendakwaan mendedahkan kenyataan saksi terbabit yang direkodkan di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.
Pada prosiding hari ini, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Azman Abdullah yang bersidang bersama-sama Datuk Hayatul Akmal Abdul Aziz dan Datuk Mohd Radzi Abdul Hamid mengarahkan Badrul Hisham supaya memfailkan hujahan dua hari sebelum tarikh pendengaran.
Terdahulu, peguam Muhammad Rafique Rashid Ali memaklumkan kepada mahkamah beliau baru menerima rekod rayuan dan mengaku janji akan memfailkan petisyen rayuan dengan segera.
Muhammad Rafique berkata kes hasutan dihadapi anak guamnya di Mahkamah Sesyen Johor Bahru yang telah memasuki peringkat pembelaan, akan bersambung pada 6 April depan.
Timbalan Pendakwa Raya Ng Siew Wee yang mengesahkan perkara itu berkata pihak pendakwaan bersedia untuk meneruskan prosiding rayuan pada 13 Mac ini.
Hakim Mahkamah Tinggi Atan Mustaffa Yussof Ahmad yang sebelum ini mengetepikan perintah Mahkamah Sesyen memutuskan bahawa kenyataan sedemikian dilindungi oleh hak keistimewaan undang-undang dan tidak boleh didedahkan.
Beliau membuat keputusan berkenaan selepas membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk menyemak semula perintah Mahkamah Sesyen.
Pada 2024, Badrul Hisham yang juga aktivis politik didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas pertuduhan membuat kenyataan hasutan menerusi akaun Facebooknya yang menggunakan nama “Che GuBard”.
Berdasarkan kertas pertuduhan, beliau didakwa membuat penerbitan menghasut itu di Mutiara Villa, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada 6.30 petang, 26 April 2024.
Pendakwaan dilakukan mengikut Perenggan 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang boleh dihukum di bawah Subseksyen 4(1) akta sama yang memperuntukkan denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Chegubard
#Mahkamah Rayuan
#Kenyataan
#Bloomberg
#Forest City
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan