awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Zahid hargai jasa Karam Singh angkat isu alam sekitar
Microsoft sifatkan Copilot sebagai alat hiburan, bukan untuk nasihat penting
TKP Jabatan Alam Sekitar didakwa sekali lagi terima RM9,110 baiki rumah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

13 murid alami keracunan makanan

Bernama
Bernama
28/11/2024
14:55 MYT
13 murid alami keracunan makanan
Seramai 13 murid Sekolah Rendah Agama Bersepadu Muar keracunan selepas makan makanan yang disediakan di kantin sekolah itu. - Foto hiasan
ISKANDAR PUTERI: Seramai 13 murid Sekolah Rendah Agama Bersepadu Muar keracunan selepas makan makanan yang disediakan di kantin sekolah itu.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar Johor Ling Tian Soon berkata pelajar yang terlibat terdiri daripada pelajar tahun satu hingga tahun enam dan kesemuanya telah menerima rawatan di klinik dan hospital kerajaan serta swasta.
"Mereka tidak mengalami gejala yang teruk, tiada yang dimasukkan ke dalam wad. Masing-masing pulang selepas mendapatkan rawatan," katanya kepada pemberita di luar persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Bangunan Sultan Ismail, di sini hari ini.
Beliau berkata pegawai kesihatan daerah sudah melakukan pemeriksaan di kantin berkenaan pagi tadi dan sampel makanan sudah diambil serta dihantar ke makmal untuk ujian.
"Pejabat kesihatan daerah sudah mengarahkan kantin tersebut ditutup sementara untuk kerja-kerja pembersihan selama dua minggu," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#keracunan makanan
#Sekolah Rendah Agama Bersepadu Muar
#kantin sekolah
#murid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan