awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Angka korban bangunan runtuh di utara Lubnan meningkat kepada 14 orang
Projek pembangunan landskap di KLIA siap enam bulan lagi - Nga
Bandar sesak: Populasi berlebihan ancam alam sekitar bandar di Asia Tenggara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

14 kontena terbakar di Pelabuhan Barat

Bernama
Bernama
08/06/2024
12:35 MYT
14 kontena terbakar di Pelabuhan Barat
Sebanyak 14 kontena mengandungi pelbagai barangan perindustrian di Pelabuhan Barat, Pulau Indah, Klang terbakar tengah hari tadi.
SHAH ALAM: Sebanyak 14 kontena mengandungi pelbagai barangan perindustrian di Pelabuhan Barat, Pulau Indah, Klang terbakar tengah hari tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.40 tengah hari dan seramai 24 anggota termasuk pegawai telah digerakkan bagi mengawal kebakaran.
"Kebakaran melibatkan 14 kontena yang berukuran 40 kaki (12.2 meter) di lokasi kejadian. Kerja-kerja mengalihkan kontena yang terbakar dilakukan oleh pihak Pelabuhan Barat menggunakan kren.
"Antara kandungan dalam kontena berkenaan ialah kertas kraft tidak dilunturkan, mesin basuh, polimer vinil klorida, kayu pain serta peralatan aram-aram dan acuan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, kebakaran itu yang berjaya dikawal pada 2.39 petang tadi tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kontena terbakar
#kebakaran
#Pelabuhan Barat
#Pulau Indah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan