awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

149 kes pemandu mabuk didakwa di mahkamah sejak 2021

Sinar Harian
Sinar Harian
21/11/2024
10:15 MYT
149 kes pemandu mabuk didakwa di mahkamah sejak 2021
Saifuddin Nasution berkata, data itu berdasarkan perangkaan daripada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM). - Gambar/ Bernama
KUALA LUMPUR: Sebanyak 149 kes kemalangan melibatkan pemandu mabuk didakwa di bawah Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi tempoh Januari 2021 hingga September 2024.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, data itu berdasarkan perangkaan daripada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Menurutnya, Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 adalah kesalahan memandu di bawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah dan menyebabkan kematian.
"Jika disabitkan dihukum penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 15 tahun serta denda tidak kurang RM50,000 dan tidak lebih RM100,000.
"Manakala Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 memperuntukkan kesalahan memandu di bawah pengaruh minuman yang memabukkan atau dadah dan menyebabkan kecederaan jika disabitkan kesalahan dihukum penjara tidak kurang tujuh tahun dan tidak lebih 10 tahun serta denda tidak kurang RM30,000 dan tidak lebih RM50,000," katanya dalam jawapan bertulis bagi pertanyaan lisan di Dewan Rakyat, pada Khamis.
Beliau menjawab soalan Dr Siti Mastura Muhammad (PN-Kepala Batas) mengenai jumlah kes melibatkan pemandu mabuk yang didakwa di bawah Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 bagi tempoh 2021 sehingga 2024 dan inisiatif kerajaan dalam membantu mangsa serta waris terkesan.
Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution menjelaskan bagi kes kemalangan yang disebabkan oleh pemandu mabuk, PDRM bertanggungjawab melaksanakan penguatkuasaan trafik dan menjalankan siasatan dengan telus serta adil kepada semua pihak terlibat.
"Ia demi memastikan mangsa dan waris mangsa mendapat pembelaan sewajarnya dan pihak yang bersalah dibawa ke muka pengadilan," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pemandu mabuk
#kes mahkamah
#kemalangan maut
#Saifuddin Nasution
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan