awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Peniaga didenda RM5,500 cedera, ugut bunuh lelaki warga emas
EV pertama Ferrari 'Luce' hadir dengan sentuhan Jony Ive dan paparan Samsung
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

15 kereta dihempap bumbung parkir hospital runtuh

Aida Aziz
Aida Aziz
29/04/2021
12:45 MYT
15 kereta dihempap bumbung parkir hospital runtuh
Pengadu iaitu salah seorang pemilik kereta menyedari kejadian itu ketika mahu mengambil kenderaannya berhampiran Jabatan Pesakit Luar hospital berkenaan. - Gambar/ Facebook Boyaga Maya
TELUK INTAN: Sebanyak 15 kenderaan mengalami kerosakan akibat dihempap bumbung parkir yang roboh ketika ribut dan hujan lebat di Hospital Teluk Intan, pada petang Khamis.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, berkata selain parkir, sebahagian bumbung laluan pejalan kaki turut runtuh dalam kejadian kira-kira jam 4.20 petang itu.
"Bagaimanapun, kejadian itu tidak menyebabkan kemalangan jiwa. Hanya 15 kereta mengalami kerosakan antaranya cermin hadapan pecah selain kemik pada badan kenderaan.
"Pihak Hospital Teluk Intan telah mengambil tindakan susulan untuk membersihkan kawasan parkir tersebut," katanya dalam kenyataan pada Khamis.
Katanya, pengadu iaitu salah seorang pemilik kereta menyedari kejadian itu ketika mahu mengambil kenderaannya berhampiran Jabatan Pesakit Luar hospital berkenaan.
Topic Berkaitan
#parkir runtuh
#roboh
#15 kereta rosak
#dihempap bumbung
#Hospital Teluk Intan
#viral
#Tular
#hujan lebat
#ribut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan