awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Syarikat perlombongan Kanada sahkan pekerja diculik ditemui mati di Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

15 pegawai belia dan sukan ditahan SPRM di Johor

Bernama
Bernama
22/10/2018
21:37 MYT
15 pegawai belia dan sukan ditahan SPRM di Johor
Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun. - Gambar hiasan
Seramai 15 orang pegawai belia dan sukan di negeri ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor di sini, tengah hari Isnin, untuk membantu siasatan berhubung tuntutan palsu.
Menurut sumber, susulan tangkapan yang telah dibuat pada 1 Okt lepas, hasil siasatan mendapati kesemua suspek terbabit telah bersubahat dengan kontraktor-kontraktor dengan membuat tuntutan palsu berkaitan kerja penganjuran Program Liga Sukan.
Ia melibatkan penganjuran liga sukan di lapan daerah iaitu di Ledang, Mersing, Muar, Batu Pahat, Kulai, Pontian, Kluang dan Kota Tinggi bagi tahun 2015 yang didapati tidak dilaksanakan.
"Jumlah keseluruhan tuntutan palsu yang telah dituntut adalah melebihi RM90,000," kata sumber.
Kesemua suspek yang ditahan terdiri daripada lelaki dan wanita, berusia lingkungan umur 30-an hingga 50-an dan bertugas sebagai pegawai belia dan sukan di Pejabat Belia dan Sukan Daerah di Negeri Johor.
Kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009 yang mana jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 mana yang tinggi dan penjara tidak melebihi 20 tahun.
Pengarah SPRM Johor Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan memaklumkan kesemua suspek akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini untuk permohonan reman bagi membantu siasatan.
Pada 1 Okt lepas, SPRM telah menahan 17 kontraktor bagi membantu siasatan berkaitan tuntutan palsu lebih RM90,000 berkaitan dengan penganjuran program liga sukan yang didapati tidak dilaksanakan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Azmi Alias
#Johor
#Johor Bahru
#Kontraktor
#liga sukan
#mahkamah
#Mahkamah Majistret
#pegawai belia dan sukan
#Rasuah
#reman
#siasatan
#SPRM
#subahat
#suspek
#tangkapan
#tuntutan palsu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan