awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Trump beri ultimatum 48 jam kepada Iran berkaitan Selat Hormuz
SPRM tahan mantan pengerusi disyaki seleweng dana kuil RM50,000
Konflik Asia Barat: Operasi haji 1447H berjalan seperti dijadual, Mekah aman - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

15 pemimpin Armada Bersatu Sabah keluar parti

Bernama
Bernama
09/03/2026
15:42 MYT
15 pemimpin Armada Bersatu Sabah keluar parti
Mohd Hisyam yang juga Ketua Armada Bersatu Beaufort berkata keputusan dibuat kerana kecewa terhadap kemelut dalaman parti yang semakin meruncing serta budaya serangan terbuka oleh kepimpinan yang dipertonton kepada umum.
Sebanyak 15 pemimpin Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah hari ini mengumumkan keluar parti berkuat kuasa serta-merta.
Ketua Armada Bersatu Sabah Mohd Hisyam Hazaril Mohd Azman berkata selain beliau, antara yang mengambil tindakan keluar parti dan melepaskan semua jawatan disandang ialah barisan pemimpin dari Tuaran, Sepanggar, Pensiangan, Keningau, Papar, Tawau, Putatan serta Beluran.
Mohd Hisyam Hazaril yang juga Ketua Armada Bersatu Beaufort berkata keputusan dibuat kerana kecewa terhadap kemelut dalaman parti yang semakin meruncing serta budaya serangan terbuka oleh kepimpinan yang dipertonton kepada umum.
"Kami amat kecewa melihat konflik dalaman parti semakin berlarutan sehingga mencalarkan imej parti dan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap perjuangan yang pernah dibawa," katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata pendekatan memecat dan tindakan disiplin yang tidak konsisten serta bersifat selektif dalam mengurus perbezaan pandangan turut menjadi punca kumpulan itu menolak budaya politik berkenaan.
Langkah meninggalkan parti, katanya adalah mesej jelas bahawa pimpinan anak muda menolak politik perpecahan dan mereka akan terus memperjuangkan agenda golongan itu demi masa depan negeri dan negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bersatu
#Armada Sabah
#keluar
#parti
#Mohd Hisyam Hazaril
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan