awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan nafi hantar 329,000 tong diesel ke Filipina, jangan buat spekulasi - MTEN
Bekalan bahan api negara masih stabil - Fuziah
Angka korban di Gaza meningkat kepada 72,328 sejak Oktober 2023
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

15 rumah, Madrasah As Solihin di Sik terjejas akibat banjir kilat

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
29/06/2024
23:15 MYT
15 rumah, Madrasah As Solihin di Sik terjejas akibat banjir kilat
Anggota pasukan keselamatan melakukan kerja-kerja memindah dan menyelamatkan mangsa banjir Belakang Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Ampang Muda, Belantik, Sik, malam tadi. - Gambar ihsan bomba
SIK: Hujan lebat berterusan melebihi dua jam mengakibatkan 15 buah rumah dan Madrasah As Solihin di Belakang Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Ampang Muda, Belantik, di sini, dilanda banjir kilat, malam tadi.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengatakan air masuk ke rumah penduduk sekitar pukul 8.42 malam.
“Sebanyak 15 buah rumah terjejas dan daripada jumlah itu, hanya lapan keluarga berada dalam rumah manakala sebahagian lagi penghuni tiada di rumah.
"Mankala di Madrasah As Solihin ketika kejadian terdapat lapan pelajar lelaki dan empat perempuan serta dua kakitangan manakala pelajar lain sedang bercuti.
"Banjir kilat ini disebabkan hujan lebat berterusan selama dua jam menyebabkan air Sungai Belantik Dalam melimpah," katanya ketika dihubungi Astro AWANI hari ini.
Zulkhairi yang mengetuai operasi itu bersama tujuh anggota BBP Sik berkata, pemantuan terus dilakukan sehingga awal pagi.
"Namun setakat ini tiada pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka.
"Bagaimanapun, pihak kami menasihatkan penduduk di kawasan yang terjejas supaya memaklumkan kepada pasukan penyelamat sekiranya kediaman mereka dinaiki air," katanya.
Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#banjir
#Sik dilanda banjir
#madrasah dimasuki air
#Sungai Belantik Dalam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan