awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PDRM tumpaskan sindiket pecah rumah dan premis perniagaan di Johor
4 ketua bahagian Bersatu Johor, Ronald Kiandee hilang kepercayaan terhadap Muhyiddin
PM Anwar pengerusikan Mesyuarat MB dan KM, perkukuh penyelarasan Kerajaan Pusat-Negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

160 Ahli Parlimen selesai bahas Titah Diraja

Bernama
Bernama
08/03/2024
01:00 MYT
160 Ahli Parlimen selesai bahas Titah Diraja
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menyampaikan Titah Diraja pada Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat, 26 Feb 2024. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Seramai 160 Ahli Parlimen selesai membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat yang bermula 27 Feb hingga semalam.
Pelbagai isu dibangkitkan Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang sepanjang dua minggu sidang Dewan Rakyat berlangsung termasuk pendidikan, ekonomi, kos sara hidup, pelancongan serta pembangunan Sabah dan Sarawak.
Berdasarkan takwim di laman rasmi Parlimen, menteri berkaitan akan menjawab segala isu yang dibangkitkan selama empat hari bermula Isnin (11 Mac).
Dalam pada itu, antara yang mencuri tumpuan pada minggu kedua persidangan adalah usul untuk menggantung Datuk Wan Saiful Wan Jan (PN-Tasek Gelugor) selama enam bulan kerana mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pemimpin yang menyalahgunakan kuasa.
Bagaimanapun, sebelum usul itu dikemukakan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Wan Saiful memohon maaf atas ketelanjurannya mengeluarkan kenyataan berbaur sangkaan jahat terhadap Perdana Menteri.
Susulan itu, Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah menarik balik usul berkenaan.
Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 ini berlangsung selama 19 hari hingga 27 Mac depan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#Parlimen
#ahli Parlimen
#titah diraja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan