awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Majlis pertunangan Bella Astillah, Syed Saddiq raih hampir 130 juta tontonan di platform Astro
Hanya Asnida beri keterangan kepada SPRM, tiga lagi anak Daim tidak kelihatan
Pesara kerajaan, bekas pengerusi kuil didakwa kemuka tuntutan palsu RM50,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

164 PAWE aktif di seluruh negara - Nancy

Bernama
Bernama
03/05/2024
23:15 MYT
164 PAWE aktif di seluruh negara - Nancy
Nancy berkata daripada jumlah itu, sebanyak 13 PAWE berada di Sarawak. - Foto fail/BERNAMA
BETONG: Sebanyak 164 Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) yang aktif di seluruh negara setakat ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.
Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 13 PAWE berada di Sarawak.
"Dengan adanya PAWE, masyarakat akan lebih prihatin terhadap fenomena penuaan dan warga emas, ini akan secara tidak langsung meningkatkan penglibatan dalam kalangan masyarakat pelbagai umur sebagai pengisian masa yang bermanfaat," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap di majlis perasmian dan ramah tamah Aidilfitri PAWE Debak di sini, pada Jumaat.
Pada 20 April lalu, Nancy berkata komuniti setempat di Sarawak digalakkan untuk membuat permohonan bagi penubuhan PAWE di kawasan mereka.
Menurutnya Sarawak dengan hanya 13 PAWE, ternyata tidak mencukupi bagi sebuah negeri yang besar dan mahu agar permohonan pusat tersebut dibuat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana setiap Parlimen dibenarkan untuk membuka lebih daripada satu PAWE.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jkm
#komuniti setempat
#PAWE
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan