awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPWKM siasat dakwaan salah urus dana, keselamatan pelatih PPDK Taman Wahyu
Tiada makluman awal berhubung aktiviti berkayak - APMM
PM ucap selamat menyambut Hari Easter kepada penganut Kristian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

17 terbunuh, 25 cedera dalam serangan dron di selatan Sudan

Bernama
Bernama
24/03/2026
07:56 MYT
17 terbunuh, 25 cedera dalam serangan dron di selatan Sudan
RSF menggesa penyiasatan antarabangsa bebas untuk menangkap mereka yang bertanggungjawab. - Gambar/ AP
Sekurang-kurangnya 17 terbunuh dan 25 cedera dalam serangan dron yang menyasarkan kawasan kediaman di bandar Lagawa di negeri Kordofan Barat, selatan Sudan, menurut kenyataan pasukan separa tentera Rapid Support Forces (RSF) dan seorang saksi, lapor Xinhua.
Dalam kenyataan pada Isnin, RSF memaklumkan "serangan sistematik ini ke atas hospital, pasar dan kawasan kediaman di beberapa bandar di wilayah Kordofan dan Darfur, menggunakan dron, ialah pelanggaran serius dan jelas terhadap undang-undang kemanusiaan antarabangsa, yang melarang menyasarkan orang awam dan objek awam."
RSF menggesa penyiasatan antarabangsa bebas untuk menangkap mereka yang bertanggungjawab.
Seorang saksi memberitahu Xinhua, "Awal pagi ini, kami mendengar letupan kuat, diikuti kepulan asap tebal yang naik dari beberapa kawasan kejiranan di tengah Lagawa."
“Projektil jatuh ke atas beberapa rumah di bahagian timur bandar, mengakibatkan kemalangan jiwa,” tambah saksi itu, mengesahkan kematian dan kecederaan yang dilaporkan.
Negeri Kordofan Barat, yang terletak di bahagian barat daya wilayah Kordofan dan bersempadan dengan Sudan Selatan, berada di bawah kawalan RSF.
Angkatan Tentera Sudan (SAF) tidak mengulas mengenai tuduhan membedil bandar itu.
SAF dan RSF berperang sejak April 2023. Konflik itu telah membunuh puluhan ribu orang dan menyebabkan jutaan kehilangan tempat tinggal di Sudan dan di seluruh rantau ini.
-- BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#Sudan
#RSF
#saf
#angka korban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan