awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga Bersatu negeri mahu Hamzah Zainudin dipecat
ACLE: JDT kecundang di Jepun, laluan ke pusingan kalah mati sukar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

17,384 mangsa banjir di Terengganu

Sinar Harian
Sinar Harian
02/03/2022
02:39 MYT
17,384 mangsa banjir di Terengganu
Seramai 17,384 mangsa banjir Terengganu masih ditempatkan di 86 PPS setakat jam 8 pagi Rabu. -Gambar fail
KUALA TERENGGANU: Hari keenam banjir gelombang kelima di Terengganu merekodkan jumlah mangsa dipindahkan meningkat kepada 17,384 orang berbanding 16,337 pada petang Selasa.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri berkata, sehingga jam 8 pagi Rabu, sebanyak 4,549 keluarga masih ditempatkan di 86 pusat pemindahan sementara (PPS) di tujuh daerah negeri ini.
Menurutnya, Kemaman kekal daerah paling teruk terjejas dengan 9,245 mangsa dari 2,358 keluarga sudah dipindahkan ke 27 PPS.
“Di Hulu Terengganu, jumlah mangsa banjir adalah seramai 3,845 diikuti Dungun (2,795 orang), Kuala Nerus (502 orang), Kuala Terengganu (490 orang), Besut (355 orang) dan Setiu (152 orang).
“Kita jangkakan keadaan banjir akan bertambah baik hari ini berikutan semua daerah tidak mengalami hujan,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.
Beliau berkata, banjir di Marang pulih sepenuhnya apabila PPS terakhir iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Pengkalan Berangan ditutup secara rasmi pada jam 4 petang Rabu selepas lima penduduk berada di sana pulang ke rumah.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#mangsa banjir
#banjir gelombang kelima
#terengganu
#Kemaman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan