awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki didakwa bunuh ibu kandung, berdepan hukuman mati
Cuaca panas: Lima kawasan di Kedah pada tahap berjaga-jaga - MetMalaysia
Semua pihak wajib patuhi undang-undang, jangan politikkan isu agama - Sultan Ibrahim
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

18 jalan utama ke ibu kota ditutup sempena sambutan Hari Kebangsaan

Bernama
Bernama
28/08/2016
00:33 MYT
18 jalan utama ke ibu kota ditutup sempena sambutan Hari Kebangsaan
Laluan ditutup sempena sambutan Hari Kebangsaan 2016. -Gambar fail
Sebanyak 18 jalan di sekitar ibu negara menuju ke Dataran Merdeka akan ditutup mulai hari ini sehingga 31 Ogos untuk memberi laluan kepada raptai dan sambutan Hari Kebangsaan 2016.
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) dalam satu kenyataan berkata penutupan jalan itu akan bermula dari 6 pagi hingga 1 tengah hari.
Penutupan itu melibatkan Jalan Travers/Jalan Damansara (Muzium Negara), Lebuhraya Sultan Iskandar/Jalan Damansara (Carcosa Seri Negara), Lebuhraya Sultan Iskandar/Jalan Damansara (Muzium Negara), Bulatan Sultan Hishamuddin/Jalan Lembah (Masjid Negara).
Jalan Perdana/Jalan Lembah, Jalan Kinabalu/Bulatan Sultan Hishamuddin (Bangunan Dayabumi), Jalan Kinabalu/Jalan Sultan Hishamuddin (Bukit Aman), Jalan Lembah/Jalan Cenderasari, Jalan Leboh Pasar Besar/Jalan Hang Kasturi, Jalan Leboh Ampang/Jalan Tun Perak, Jalan Dang Wangi/Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Jalan Kuching/Bulatan Dato Onn, Jalan Kinabalu/Bulatan Dato Onn, Jalan Tuanku Abdul Rahman/Jalan Raja (Dataran Merdeka), Jalan Hishamuddin/Jalan Raja (Dataran Merdeka), Jalan Parlimen/Bulatan Dato Onn (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur), Bulatan Dato Onn/Jalan Raja (Kelab Diraja Selangor), Jalan Mahkamah Persekutuan.
KKMM berkata orang ramai boleh menggunakan laluan alternatif ke pusat bandar, antaranya menggunakan Jalan Bangsar serta Jalan Travers dan melalui Lebuhraya Sultan Iskandar-Jalan Parlimen-Bulatan Dato Onn-Jalan Kuching-Jalan Sultan Ismail.
Laluan alternatif lain ialah menggunakan Jalan Cheras dan melalui Jalan Kinabalu-Jalan Kuching-Jalan Sultan Ismail.
Topic Berkaitan
#Hari Kebangsaan
#Kementerian Komunikasi dan Multimedia
#KKMM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan