awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntutan palsu tiket penerbangan RM1.3 juta: Empat pegawai badan berkanun ditahan
Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar AS
Syarikat perlombongan Kanada sahkan pekerja diculik ditemui mati di Mexico
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

18 rumah di Kota Belud hangus terbakar

Bernama
Bernama
09/07/2024
15:25 MYT
18 rumah di Kota Belud hangus terbakar
Sebanyak 18 buah rumah separuh kekal musnah dalam kebakaran yang berlaku petang ini di Kampung Kuala Abai, Kota Belud, Sabah. - Foto hiasan
KOTA KINABALU: Sebanyak 18 buah rumah separuh kekal musnah dalam kebakaran yang berlaku petang ini di Kampung Kuala Abai, Kota Belud, Sabah.
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan pihak bomba menerima panggilan kira-kira pukul 3.43 petang sebelum bergerak ke tempat kejadian sejauh 13 kilometer.
"Operasi terkawal pada jam 5.20 petang dan kerja-kerja memadam bara api masih dijalankan dengan menggunakan 500 kaki hos bomba, dua aliran, dua pancutan sumber air dari tangki jentera dan air dari sungai yang berhampiran," menurut kenyataan itu.
Seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Belud, lapan dari BBP Tuaran bersama Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kulambai dan PBS Pangkalan Abai turut sama memadam kebakaran itu.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) turut berada dilokasi kejadian bagi membantu memastikan keadaan terkawal.
Tiada kecederaan dan kematian dilaporkan setakat ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#rumah hangus
#terbakar
#Kota Belud
#JBPM Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan